Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 18 April 2014

Key chain spy camera with USB port.





Okay lah kali ini aku ingin berkongsi beberapa klip video aku dimana klip video ini dirakam menggunakan key chain spy camera seperti dalam gambar di bawah ini.


Car key micro camera tapi dealer yang aku berurusan beli benda ni kata Key chain spy camera.


Demo macam mana nak guna key chain  spy camera.

Dimana ia dipasang di atas bahagian kereta kebal kawalan jauh yang ada dalam koleksi simpanan aku.

Jadgpanther

ZTZ99 Chinese MBT

Left: M1A2 Abrams desert. Right: Leopard 2A6.

M1A2 Abrams US MBT wood camo

T72M1 Soviet MBT olive wood camo

Tujuan aku pasang key chain camera spy camera bukan lah untuk tujuan tak baik tapi lebih kepada nak feel apa yang kesemua rc collection aku ni go through bila setiap kali aku bermain dengan rc tank ini. Tiada tujuan nak mengintip,mengendap atau apa2 lah yang tak baik. Just for fun. Melainkan jika orang yang beli tu memang ada niat tak baik. Aku ingat akan datang nak try pasang pada rc helikopter aku tapi sayang sekali radio remote controller helikopter sudah rosak. uhhukkk... :(

Ini ialah video yang aku rekod guna key chain spy camera dan dipasang di atas gun turret rc tank.

                                  M1A2 Abrams vs T72M1 (infra red battle tank) VSP scale 1/24

 
Leopard 2A6 Hobby Engine scale 1/16.
M1A2 Abrams Hobby Engine scale 1/16.




Secara keseluruhan, aku cuma berpuas hati pada kemampuan key chain spy camera ini untuk merakam pada masa yang lama. Mana tak nya lebih 16 minit recording pun boleh record lagi kan? Cuma ada beberapa perkara yang aku kurang minat sikit atau tak berpuas hati iaitu:-

1) Rakaman atau gambar direkod seperti agak grainy.

2) kurang auto focus.

3) Tiada color balance.

Maklum lah ia cuma kamera recording yang kecil jadi mana mungkin menyamai kamera video recording yang kita biasa guna seperti handycam, compact kamera atau DSLR kamera.

Jika ada di kalangan pembaca blog ini berminat nak cari gajet seperti ini, anda boleh layari dalam website lelongmudah.my, dan juga beberapa page facebook yang dipercayai menjual gajet sebegini seperti GadjetSpyTerhebat ( buat masa ni page ini yang aktif jual peralatan atau gajet ala ala spy).

Ok lah itu sahaja untuk entry aku kali ini. Jumpa lagi di entry yang lain pula.

Tiada ulasan: