Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 29 September 2014

Interaction Day (IIUM Dental Students) 2014.



Apa khabar sekalian, tajuk entry kali ni macam biasa bukan berkaitan dengan jalan jalan atau travel tapi lebih kepada aktiviti yang aku buat sepanjang bulan September 2014 ini.

Bermula pada tarikh 1 September 2014 hingga lah saat ini (29 September 2014) aktiviti aku hanya lah bertumpu pada kerja sahaja. Yang berjalan nye sape? Haha...yang berjalan jalannye ialah mama dan adik aku serta kawan istimewa (tiada aral insya Allah itu lah juga bakal suri rumah aku kelak, harap kalian doakan jodoh kami berdua). Macam mama dan adik aku mereka berjalan jalan ke Padang di Sumatera,Indonesia. Manakala teman istimewa aku pula bersama rakan rakan dia yang lain seramai 4 orang pergi mengembara ke Turki. Ermm..ni yang buatkan aku rasa jealous ni, huh...

jealous.....huhuhu

Okay lah point aku sebenarnya nak share pics dan event yang aku attend iaitu Interaction Day 2014 Kulliyyah of Dentistry IIUM Kuantan. Usually and mainly the program is made specifically for all dental students from year 1 till year 5. However to make it more friendly, the staffs are also invited as well. In fact staffs are also encouraged to participate the program along with the students although the majority of participants are students hahaha.... cewah speaking omputih pulak ek. hehehe...

Nak bagi korang mudah faham ia macam sukaneka la melibatkan pelajar fakulti pergigian dan staf. Tapi masa aku datang ke sana tak ramai pun staf ada kecuali sorang dua support staffs termasuk aku dan 3-4 orang lecturers. Yang lain semuanya ialah pelajar.

Ada 2 sesi sebenarnya iaitu sesi pagi dan sesi malam. Bagi sesi pagi (pagi hingga tengahari) ialah sesi sukaneka dan peserta semua dibahagi mengikut kumpulan. Ada warna merah, hijau, kuning, purple (ungu) dan biru.Terdapat pelbagai permainan dibuat seperti lari pakai kostum kumpulan, skipping berkumpulan, lari ganti berganti sambil kena cari gula dalam tepung dan macam macam lagi la. Manakala sebelah malam pula lebih kepada persembahan teater muzikal para pelajar tapi yang kena buat performance ialah pelajar tahun 1. Lastly ada penyampaian hadiah kepada kumpulan yang menang dan juga saguhati kepada yang kurang bernasib baik. Anyway as usual, pictures tell 1001 words so enjoy...

Pertandingan makan buah tembikai.






Duo lari dalam kain pelikat sambil kaki diikat. Fun but pretty challenging hahaha...



Basically larian berganti ganti tapi setiap gantian peserta kena buat certain given task. yang ni kena tampal jigsaw puzzles.




Sesi rehat dan borak.

muka letih belake...












menanti persembahan teater daripada dental students year 1 or 2.



yang duk depan ni semuanya pensyarah yang datang.


hadiah utk pemenang tempat pertama hingga ke 5.huhu...

Tiada ulasan: