Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 14 September 2014

Study Trip to The Faculty of Dentistry Universiti Malaya




Salam sejahtera sekalian,

Perghh...ayat tajuk entry tak boleh blah. Cam skema jer hahaha..

Okay lah anyway untuk entry pada kali ni aku nak hidangkan pasal bab knowledge jer. This is not ordinary knowledge tau but it is special one. Kenapa kah? Yer lah sebagaimana yang sedia maklum aku bekerja sebagai Radiografer (bahasa lama dia Juru X-ray) dan bukan semua orang yang bekerja dalam bidang ni. Apa kaitan pula kerja aku dengan lawatan sambil belajar ke Fakulti Pergigian Universiti Malaya ye? Yer lah aku ni kan bekerja di Kulliyyah Pergigian UIAM Kuantan pun sebagai juru x-ray dan lawatan ke sana juga turut melibatkan lawatan ke Jabatan Pengimejan Fakulti Pergigian UM.


Okay secara umum lah aku beritahu kat korang apa itu Juru X-ray / Radiografer:

Ia bermaksud individu yang belajar dalam bidang sains x-ray dan disiplin disiplin X-ray dan dia layak mengendalikan peralatan X-ray dan juga melaksanakan pemeriksaan prosedur X-ray berdasarkan request / permintaan daripada pihak doktor,specialist dan yang sewaktu dengannya. Bila aku kata macam ni dalam bahasa mudah ialah korang kena study dalam bidang radiografi ni tak kira lah samada diploma (3 tahun) dan/atau ijazah (4 tahun) serta ada juga dimana seorang radiografer yang nak sambung study ke peringkat ijazah daripada diploma (commonly 2 tahun setengah jika full time dan 4 tahun bagi PJJ..Pengajian Jarak Jauh yerr bukan Percintaan Jarak Jauh hahaha..) Lepas tu mesti graduate dan bila korang graduate bermakna korang layak untuk bekerja di mana mana fasiliti yang ada service x-ray untuk medical or dentistry purposes. Bunyi macam senang kan??? Haha..belum cuba belum tahu bai...yang menangis ada dan fall out pun ada even dah give up 200% pun ada tapi itu lumrah lah mana mana bidang ni mana ada senang bai..even peniaga warung makan pun ada problem,suri rumah pun ada problem dan sesiapa sahaja di bumi ni bernama manusia memang Allah dah janjikan adanya ujian ujian untuk semua makhluk ciptaan Nya. Okay lah dah melalut sangat aku ni. Bagi mereka yang rasa macam apa yang aku define ni tak betul maka aku sarankan korang click pada links yang aku attach kat sini untuk maklumat lebih lanjut.




Lupa nak sebut tempat yang biasanya menawarkan kursus radiografer ni:-

1) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam..menawarkan diploma, ijazah dan kursus PJJ.(IPTA)

2) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Kuantan..ijazah sahaja.(IPTA)

3) Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Kota Kuala Terengganu..diploma sahaja.(IPTA)

4) Universiti Kebangsaan Malaysia..ijazah sahaja.(IPTA)

5) Kolej Islam dan Sains Teknologi..diploma sahaja (IPTS).

6) Masterskill College (IPTS).

7) MAHSA College (IPTS).

8) Kolej Kesihatan Sains Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia (Sungai Buloh dan Johor Bharu). Ni totally under kerajaan dan mereka yang graduate dari sini memang confirm dan sah kena kerja kat hospital besar atau daerah even klinik kesihatan. Zaman aku belajar dulu memang aku cop diorang orang kaya. Ye lah kitorang pakai PTPTN atau JPA tapi diorang ni tiap tiap bulan dapat elaun,tak silap aku dalam RM600-700 tiap bulan. Zaman students dulu jumlah tu dah dianggap mewah.

Dan banyak lagi lah..korang google lah sendiri yer...

LAWATAN SAMBIL BELAJAR:

hah...baru lah masuk bab study trip ni, hahaha...
Okay lah program ni sebenarnya memang ditaja sepenuhnya oleh tempat kerja aku lah. Tujuannya tak lain tak bukan nak belajar macam mana pihak Fakulti Pergigian UM manage dan handle dan run fakulti diorang. Bukan team radiografer sahaja terlibat bahkan semua department terlibat sekali. Bermula daripada pihak specialist, FYDO, dental officers, lecturers, matron nurse, sister nurse, medical and dental nurse, dental surgery assistant, dan clinical attendants. Oopss lupa nak mention MLT dan dental lab technologist pun ada juga sekali. hehehe..kena sebut gak kalu tak kang kena aku hohoho..

Tentative programme:-

Date:20 /8/ 2014
Day: Wednesday.

6.00 pagi: Bertolak ke UM menaiki Bas IIUM dari Kampus Kuantan.

10.00 pagi: Sampai di kawasan parking Fakulti Pergigian UM.

10.15 pagi: Semua delegasi KOD IIUM dibawa ke bilik dewan untuk sesi pengenalan dan        penerangan ringkas tentang Fakulti Pergigian UM.

10.30 pagi: Pembahagian kumpulan berdasarkan department masing masing.

10.35 pagi: Wakil staff setiap department Fakulti Pergigian UM mengetuai setiap kumpulan dan membawa kumpulan ke department masing masing untuk sesi penerangan.

12.15 tengahari: Selesai sesi lawatan dan penerangan.

12.30 tengahari: Makan tengahari dan rehat.

3.00 petang: Bertolak balik ke IIUM Kuantan.

7.00 malam: Sampai di IIUM Kuantan.

Okay lah macam biasa yang sokmo sokmo ni kan..bak kata pepatah gambar itu menceritakan 1001 kisah maka berikut aku paste kan gambar gambar beserta penerangan dalam caption tu sekali supaya korang mudah faham maksud setiap gambar yang dipaparkan tu.

Ini ialah bilik X-ray dental. Di Fakulti Pergigian UM ni,ni bilik imaging 1. Ia menempatkan satu unit OPG dan Cephalometric dan satu unit intraoral dental x-ray machine. Yang korang nampak tu ialah OPG dan Cephalometric unit digital x-ray. Untuk pengetahuan kat sini semua machine guna digital x-ray. takde dah kena cuci gambar dalam bilik gelap macam zaman dulu. abes je x-ray,gambar terus keluar kat monitor screen PC dan terus send kepada bilik rawatan.

ini lah yang aku mention kat pic no 1 (atas) tadi. takde dah nak kena cuci gambar dulu. sebab semua guna sensor digital x-ray. tak kira lah mesin x-ray intraoral dental ataupun OPG.

Ini pula ialah Cephalometric unit. Masih lagi di bilik 1 ye.

nak mudah korang faham,bermula dari kiri tu ialah tray untuk letak pemegang (holder) dental sensor x-ray intraoral. tengah (macam tupperware tudung purple) tu ialah bekas larutan pembasmi kuman yang digunakan untuk meletakkan holder dental sensor yang telah digunakan setiap kali lepas pemeriksaan. kemudian yang bekas bulat warna silver tu pula ialah untuk simpan gauze,cotton dan sleeve plastic cover.

yang ni pula ialah control panel exposure mesin digital X-ray OPG. So selepas selesai membetulkan kedudukan pesakit di machine ni,radiografer akan set kan nilai exposure dos x-ray yang patut diberikan kepada pesakit. Jangan risau,semua dos setting ni ditetapkan pada dos selamat. Nak tahu dos selamat? yang tu kena tunggu next entry yer..kalau aku rasa nak buat lah.hahaha...

Ni pula masih lagi control panel cuma ia untuk patient positioning dan center point.

ni pula dipanggil head temple...tapi aku cuma bahasa kampung kan sebagai pemegang kepala. hehe..

perempuan yang pakai baju pink ni partner kerja aku. please no gossip ye.dia pun dah kahwin dan ada anak lelaki sorang. meneliti fungsi dan design mesin x-ray.


Ni pula ialah digital sensor X-ray untuk pemeriksaan X-ray intraoral. Ia ada dalam 3 jenis saiz iaitu saiz 0 (paling kecil), saiz 1 dan saiz 2. Apa yang menarik ialah sensor ni nipis tapi tahan lasak, sesuai untuk semua jenis mulut pesakit. Kalau cam tempat aku memang susah sebab besar dan tebal serta menyakitkan.hoho...daring gilerr punyer statement.

Setelah selesai X-ray,sensor dental X-ray tadi akan dimasukkan ke dalam slot reader unit dan kemudian dimasukkan dalam satu mesin reader scan. Hasilnya ni lah dia. Kemudian imej x-ray ni akan dihantar ke klinik yang berkaitan. Depend on doc's request.

Ini pula ialah scanner / reader unit Vistascan. Tujuannya ialah untuk imbas imej x-ray yang telah diambil dan tukar x-ray tersebut kepada imej yg boleh dilihat di screen monitor.

Yang macam kotak kecik warna kelabu hitam tu ialah slot reader yang menempatkan dental sensor yang telah di x-ray.

Ni pulak satu lagi mesin OPG digital x-ray.

Yang ni di bilik 2. mesin X-ray OPG ni tiada cephalometric attachment. Ia mesin x-ray digital OPG.

sama jerkk...

yang ni lah rupa slot reader untuk dental sensor x-ray intraoral.

yang ni pula ialah control panel exposure mesin x-ray dental intraoral. usually kV, mA dan seconds yang digunakan semua rendah menjadikan pemeriksaan dental x-ray intraoral ni merupakan pemeriksaan x-ray berdos rendah. ia hanya untuk gigi sahaja tau. tak boleh untuk x-ray tempat lain.

saat dimana imej x-ray dihasilkan selepas diimbas oleh Vistascan unit. imej x-ray ni akan dihantar ke bilik rawatan untuk penilaian doktor yang merawat. Cara ia dihantar menggunakan PACS (Pictures Archiving and Communication System). Syarat nak ada PACS ni kena ada server dan workstation berkapasiti besar selain daripada komputer di setiap lokasi department.

yang ni pula agak rare ditemui di bilik x-ray dental. Untuk makluman,ia sebenarnya asalnya ialah mesin x-ray general purpose. mesin x-ray ni konvensional / lama. Mesin x-ray macam ni boleh digunakan untuk tujuan pemeriksaan lain seperti chest x-ray,abdomen x-ray, hands x-ray, hips x-ray dan macam macam lagi la. Cuma memandangkan ia ditempatkan di dental imaging maka peranan mesin x-ray ini hanya cuma dikhususkan untuk pemeriksaan x-ray yang ada kaitan dengan dunia dental. Contoh macam dalam Oral Maxillo Facial, (susah nak define dalam BM tapi nak mudahkan korang faham ia bermaksud tulang muka dekat kawasan gigi/mulut) memang nak sangat pakai benda alah ni untuk x-ray TMJ (temporo-mandibular joints bukan tengku mahkota johor), sinus, skull (tengkorak),orbit (lubang biji mata). In fact pre surgery dan post surgery facial pun usually doc or specialist akan request x-ray ni.

ini dipanggil x-ray tubehead (kepala tiub x-ray) ia tempat dimana x-ray dihasilkan dan ditembak keluar ke sasaran. x-ray tubehead ni boleh ditukar kedudukan sudut darjah yang dikehendaki. usually up to 180 degree.

cross hair tu pula ialah dipanggil bucky tray. tempat untuk meletakkan kaset filem x-ray (konvensional) atau image phosphor plate receptor (digital). Pesakit pula akan diletakkan di depan bucky tray tu kat kawasan cross hair tu. cara positioning bergantung kepada pemeriksaan x-ray yang dikehendaki oleh doktor. kalau skull PA (posterior anterior) dahi pesakit kena sentuh cross hair dan kepala kena tunduk sedikit.

haha..korang jangan pulak terkejut. kepala itu patung jer la untuk tujuan pembelajaran dan juga maintenance x-ray berkala. yang tu pun bucky tray jugak tapi katanya dah tak digunakan lagi.

pandangan depan x-ray tubehead mesin x-ray general. tanda cross hair tu pula ialah collimator dan ada filter x-ray dalam tu.

Yang ni pula ialah mesin x-ray CBCT (cone beam computed tomography) lebih kurang macam CT scan tapi dikhususkan untuk dental sahaja. mesin CBCT ni pula dikhususkan untuk pemeriksaan yang melibatkan kawasan ROI (region of interest) yang kecil. Contoh macam nak scan gigi taring sahaja, gigi kacip sahaja ke..camtu la. Usually main purpose guna CBCT ni nak buat atau pasang implant. namun most of time mesin ni is likely used a lot in research.

Ni dia punya CBCT control panel exposure. lokasinya di bilik 3.

Nak beri korang jelas lagi,nah aku zoom in lagi.

monitor screen PC untuk view imej CBCT.

ni lead apron / gown. Jangan korang takut pulak tengkorak tu. itu cuma replika sahaja untu tujuan pembelajaran. Bukan real skull pun..

Ni la imej CBCT yang ada dalam simpanan data server PC.

Film cassette or IP tray (warna kelabu yang ada handle tu)

view bucky yang lebih dekat,zoom in.

control panel exposure untuk dental x-ray intraoral machine.

ni pula ialah control panel exposure untuk mesin X-ray general tu tadi. Lagi besar kan dan lagi detail tau. Aku nak citer kat sini pun dah takde idea. Hanya orang x-ray jer yang tahu.

Ni pula more advanced CBCT. yang ni free size, tak macam CBCT tadi tu. lokasi mesin ni di bilik 4. Imej pun lebih bahkan hampir super detail. Prosedur pemeriksaan CBCT ni usually melibatkan kawasan gigi (dentition) hingga lah meliputi tengkorak,rahang dan muka ( Skull, jaws and facial bones). Certain cases seperti salivary gland contrast post exam, post trauma, pre and post facial surgery, root canal treatment, pre and post major oral surgery, juga boleh guna pakai mesin CBCT ni. Di Fakulti Pergigian UM ni mesin ni prefer digelar sebagai i-CAT.

yang ni tempat patient duduk. Kiri dan kanan tu ialah CBCT detector dan x-ray tubehead.

Pandangan sebelah sisi.

Ni pula imej CBCT advanced yang telah dihasilkan. Kebetulan aku sempat snap pics ni selepas selesai satu kes CBCT. Tapi aku tak nak mention lah apa dia kes tu. secret.huhu...

Again control panel exposure dental x-ray intraoral.

yang ni dental chair untuk treatment. usually ni tempat specialist buat kerja. so nak beri kerja diorang cepat siap maka diletakkan satu unit mesin x-ray dental intraoral bersebelahan dental chair ni. tapi kaedah nak buat x-ray tu masih lagi sama.

mesin x-ray dental intraoral.

yang ni pun Vistascan reader unit.

patient yang nak dibuat x-ray di sini akan dimaklumkan kepada kaunter x-ray terlebih dulu. In case jika radiografer sedang sibuk bertugas, usually akan ada bunyi seperti alarm menandakan ada pesakit yang akan datang untuk buat pemeriksaan x-ray. Di sini semua pakai paperless system, setiap rekod,request x-ray dan nak hantar gambar semua guna komputer sebab sini pakai PACS.

Ini pula ialah buku rekod bagi pelajar pelajar pergigian yang bawa patient mereka untuk buat x-ray di sini. ada nama pesakit mereka dan nama mereka sekali serta jenis pemeriksaan yang telah dijalankan di sini.

bergambar di depan kaunter department x-ray fakulti pergigian UM. 2 orang yang nampak macam gadis remaja tu merupakan staff juru x-ray di sini. One more thing kedua duanya dah pun bergelar puan dan ibu.hehehe...

Bukan sesaja tampal ni, semua ni ada knowledge values untuk para pelawat dan pesakit.

Rupa bahagian depan kaunter pendaftaran imaging department Fakulti Pergigian UM.

Nak masuk ke area ni bukan senang tau, anda perlu kena menekan butang pada dinding sebelah kanan tu supaya staf di dalam dapat unlock pintu. Totally berbeza daripada tempat kerja aku sebab cleaners pun boleh masuk melepak kat kawasan imaging department.

Pemandangan di kaunter rawatan klinik.

the same thing tapi yang ni pula di kawasan polyclinic.

viewing tools. desktop, Vistascan scanner/reader unit dan slot reader.

pemandangan di dalam bilik x-ray dental intraoral di polyclinic.

set film holders.

Generator X-ray mesin dental X-ray intraoral.

Control panel exposure dental x-ray intraoral.

yang ni pula ialah langkah langkah mencuci filem dental x-ray intraoral konvensional. jika anda perhatikan tulisan 1 minit dan 3 minit itu bermaksud jumlah masa yang diperlukan untuk cuci filem. Usually to process the dental x-ray filem intraoral would take about 3-4 minutes per film. Yes it is damn true. If your film is not good or clear thus you have to repeat the procedure and of course the processing itself.

Ini ialah Insta-Developer. Fungsinya menyamai bilik gelap. Cuma disebabkan susah nak dapatkan bilik gelap dan memakan belanja besar juga sebenarnya nak set up sebuah bilik gelap. Maka idea tercetus untuk reka benda ni. Lebih murah dan lebih ringkas cuma agak letih la kena berdiri atau duduk sambil cuci filem. Ia memerlukan kaedah hand processing sahaja. Tiada mesin digunakan.

Ni pula rupa dari luar bilik dental x-ray intraoral di polyclinic Fakulti Pergigian UM.

Haha..warning ker aper tu. Pandai pandai lah korang faham.

Manual guideliness cara nak pasang film holders khusus untuk mereka yang noob. Tak semestinya dental students tapi ia juga turut jadi rujukan oleh fydo, dental officers, specialist even radiografer sekalipun.

sama jer cam tadi.

Sila ikut arahan ye..

Ni pun sama gak.

yang ni dah terlalu lama.

still the same thing.

So macam mana..berpuas hati dengan penjelasan yang aku berikan? Memang informative kan ek? kan kan kan...hahaha cam gedik je tapi tak kurang juga ada elemen memaksa orang untuk faham menatang ni. Oh yerr sebelum aku lupa berikut aku listkan jenis pemeriksaan dental x-ray yang biasa aku buat.

1) OPG (Orthopanthomogram).
2) Lateral Cephalometric.
3) Skull x-ray...macam macam jenis. AP towne, PA 0 degree, Lateral.
4) Facial X-ray..macam macam jenis. Waters method the most popular.
5) TMJ (Temporo-Mandibular Joints).
6) Sinus.
7) Intraoral x-ray pula...Periapical, Bitewing dan Occlusal.
8) CBCT

** untuk skull x-ray dan facial x-ray tu sebenarnya cuma ada sedikit kaitan dengan dental tapi ia lebih rapat berkait dengan maxillofacial especially jika korang pernah terlibat dengan eksiden sampai menjejaskan muka dan tulang muka maka kedua dua x-ray tu memang aku akan buat x-ray tu. tapi kadang tu tak semestinya bab eksiden a.k.a trauma (tak semestinya eksiden berlanggar atau terbabas,kes melecur teruk akibat kebakaran,peperangan dan bencana alam yang boleh mengakibatkan kecederaan dan memerlukan rawatan pun turut dikategorikan sebagai trauma). Ada juga kes surgery maxillofacial surgery ni indicated due to kanser, congenital disease treatment, repair bentuk muka dan macam macam lagi la.

** bagi mereka yang pernah pasang brace tu mesti korang pernah buat x-ray kan? korang tahu tak apa jenis pemeriksaan x-ray yang korang buat tu? okay lah straight to the point..2 jenis x-ray yang pakar pasang braces a.k.a orthodontics specialist request ialah OPG dan Lateral Cephalometric. Kenapa? Sebab first diorang nak tengok susunan gigi korang tu dulu. Kemudian nak periksa ada atau tak gigi geraham bongsu a.k.a wisdom tooth sebab jika ada ia akan mengganggu susunan brace tu nanti kerana gigi kita ni boleh bergerak dan membesar tau. usually sebelum pasang brace,gigi geraham bongsu tu akan dibuang dulu dan kes ini akan diserahkan kepada Oral surgery. Selain itu pakar juga nak periksa rahang korang bentuk macam mana sebab bukan semua orang boleh pasang brace. Rahang kita ni pula ada kategori kelas yang tersendiri, ada kelas I,II dan III. Nak aku explain lagi better korang jumpa pakar huhuhu...

**bagi mereka yang ada masalah jaw clicking masa makan dan menguap. Bila korang pergi jumpa doktor di klinik usually mereka akan request kepada juru x-ray untuk buat satu x-ray TMJ (Temporo-mandibular joints). Tujuan buat x-ray ni nak periksa korang punya sendi rahang tu simetri/sama level ker tak. Jika ada kelainan,usually ada lah rawatan susulan yang dibuat. Apa yang menarik ialah sendi rahang kita ni ada kalanya boleh keluar dan boleh masuk sendiri. sangat menarik dan menakjubkan tapi nak bagi korang faham pun aku tak reti so better lah korang jumpa doktor untuk tanya hal ni.

** last but not least bagi mereka yang pernah datang ke klinik gigi tak kira lah swasta mahupun general dental clinic government adakalanya doktor gigi atau specialist akan request x-ray. okay x-ray yang diorang request tu ialah samada periapical,bitewing atau occlusal. depend apa yang mereka nak lihat. Periapical x-ray ialah pemeriksaan gigi (usually sebatang atau lebih) dan kawasan sekitarnya termasuk gusi dan soft tissues. Bitewing x-ray pula ialah pemeriksaan gigi bahagian crown (bahagian gigi putih kat gusi tu la) dan tujuannya nak periksa ada atau tak lubang gigi di bahagian dalam crown. Occlusal pula akan dibuat untuk meneliti susunan gigi bagi kes pesakit yang ada gigi terlalu banyak (supernumaries teeth) dan juga impacted tooth gigi yang tak keluar dari gusi.

** CBCT pula ia lebih kurang macam CT scan cuma guna single source dan detector cuma imej yang terhasil boleh direka kepada bentuk 3D imej. Usually requested by specialist or dentists to view impacted tooth, staging oral cancer, supernumaries teeth, root canal treatment, pre and post oral surgery and maxillo-facial surgery dan juga pemeriksaan berkontras yang melibatkan salivary gland (kelenjar air liur).

Pergghhh...banyak nye penerangan hahaha..sampai aku sendiri pun rasa bosan nak baca. Okay lah harap korang pun berpuas hati dengan penerangan aku yang tak seberapa ni. Sedikit sebanyak membantu menambah knowledge korang dalam bidang dental x-ray ni. Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan: