Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 20 Julai 2015

Hari Raya 2015 (part 2).

Okay lah sambungan daripada part 1.

MALAM RAYA:


Alamak bai...bangun pagi pada tanggal 16/7/2015. Macam macam perkara aku terlajak. Malas lah aku nak sebut apa dia. Apa apa hal pun pada tarikh ini merupakan hari terakhir di bulan Ramadhan 1436 Hijrah. Rasa sayu pula dalam hati ini mengenangkan sama ada dapatkah kita semua berpeluang sekali lagi memasuki madrasah Ramadhan di tahun tahun yang akan datang. Insya Allah selagi Allah beri keizinan dapat lah peluang itu. Jika tidak maka saki baki yang ada ini hendaklah kita memanfaatkan sebaik mungkin.
Memandangkan hari ini merupakan hari terakhir berpuasa maka aku pun apa lagi belek dan baca kesemua surah dalam juzuk ke-30 bermula dengan surah An Naba' hingga lah surah An Nas. Selesai baca Al Quran, seperti biasa kena lah kemaskan rumah, cuci semua tingkap, beli barang keperluan dapur untuk masak juadah berbuka puasa dan juadah hari raya.

Sebut pasal beli juadah ini, kali ini famili aku terutama mama aku bercadang nak buat laksa penang sebagai menu utama juadah berbuka. Selain itu mama aku juga turut menyediakan juadah nasi putih dengan lauk ikan patin masak asam (entah lah aku pun tak reti resipi apa mama aku masak tapi yang pasti ada ikan patin dan asam keping) sebab abah aku kalau takde nasi ibarat kebuluran lah jawabnya walaupun ada satu tong mee goreng, mee sup, mee tom yam, dan macam macam jenis mee lah. Memang perut abah aku memang kena ada nasi baru kenyang. Aku pun selaku anak sulung dia pun sudah ada genetik itu dalam tubuh badan aku cuma yang bezanya ialah kalau seminggu tak kena nasi aku boleh tahan lagi. Abah aku kalau lebih 3 hari tak kena nasi memang jadi lain macam sikit lepas tu merayau ke mana mana kedai makan yang ada jual nasi lauk.

Ini lah tempat paling dekat dan mudah untuk mendapatkan barangan keperluan dengan harga berpatutan. Walaupun kini Sabasun Hypermarket sudah mempunyai pesaing yang agak banyak di daerah Kuala Nerus ini seperti Giant Hypermarket, Mydin Mall, Tunas Manja, dan beberapa buah hypermarket kecil milik warga anak jati negeri Terengganu mahupun luar. Namun ini lah pilihan kami sekeluarga. Bahkan aku sendiri pun setiap kali sebelum balik ke UIAM Kuantan akan aku singgah di Sabasun untuk beli stok makanan segera dalam kuantiti yang banyak sebab harga pun boleh considerable as still reasonable and cheap.
Sebenarnya sebelum itu abah aku sudah mencari mee laksa di setiap pasar basah tetapi semua sudah habis bahkan kilang yang buat mee laksa pun sudah kehabisan stok sebab ramai yang beli secara pukal / borong untuk program rumah terbuka pada hari raya nanti. Maka nak tak nak terpaksa lah cari mee laksa dalam paket. Biasa orang panggil mee laksa kering.
Lebih kurang macam ni lah rupanya laksa kering dalam paket tu. Kena rendam dalam air panas dulu hingga lembut dan toskan. Pastikan makan ketika ia masih panas atau kuah laksa masih panas. Kalau sejuk kurang enak dan rasa macam keras sedikit. Anyway, bukan cap ini yang aku beli.  Cap lain tetapi cap ni pun ada dijual di Sabasun Hypermarket.
Kemudian pada waktu petang pula seperti biasa aku akan jadi askar prebet kepada mama aku dimana aku diarahkan untuk bersihkan lama depan dan belakang rumah, sapu sampah, dan bakar sampah. Buat semua benda tu sampai lupa sudah masuk azan Maghrib tanda masuk waktu berbuka puasa. Aku pun berbuka lah dengan sekadar alas perut sahaja sebab nak siapkan saki baki kerja sapu dan bakar sampah kira kira berbaki lagi 10%. Walaupun bermacam aneka juadah menu berbuka terbentang di depan mata di atasa meja namun kerja aku nak bereskan dulu. Selesai kerja itu, aku pergi makan laksa penang yang mama aku buat. Selepas itu, aku pergi mandi dan bersolat serta membaca Al Quran sambil menunggu pengumuman pengisytiharaan tarikh hari raya puasa. Kemudian..jeng jeng jeng...

Lepas tu apa lagi seperti biasa kampung aku ni bergegar dengan pelbagai macam jenis mercun dan meriam buatan sendiri lah. Dah macam medan perang kot. haha.. Namun paling wajib sebaik sahaja selesai pengumuman tersebut keluarlah takbir hari raya di corong corong radio dan kaca televisyen seluruh Malaysia.

Selesai sahaja menunaikan solat fardhu Isyak, aku mengambil kesempatan melafazkan takbir hari raya walaupun sekadar bersolat sendirian di rumah sahaja. Banyak kelebihan dan manfaat bertakbir di malam raya ini. Lebih baik daripada duduk melepak tak tentu hala, berlumba sana sini, membeli belah sampai pokai duit poket, membazir, dan macam macam lagi lah. Seterusnya, aku kembali ke dapur untuk...menyantap nasi berlauk. Haha tak tolong mama aku sebab dalam bab masak memasak ni mama lebih suka paksa anak anak perempuan dia tolong dia. Aku pula ada lah kerja lain nak kena buat.Semasa aku tengah sedap menyantap nasi berlauk tu sekonyong konyongnya muncul lah anak saudara lelaki aku dengan mulutnya yang memang banyak sangat celoteh. Maklum lah budak umur 4 tahun memang banyak bercakap.
Yang budak lelaki itu lah nephew aku. Namanya Muhammad Nur Adam. Umur 4 tahun. Aishh memang budak ni kuat benor cakapnya. Tu belum masuk lagi dia punya aktifnya tu. Sebelah tu pulak niece aku namanya Nur Aminah Zakiah berumur 2 tahun. Apa yang abang dia buat, dia akan follow.
Nephew aku bertanya.." Pak long oh pak long nak main bungapi naa..". Aku balas "Nak main bungapi pe bendenye, bungapi tahun lepas pun tak habis main lagi". Kemudian abah aku yang baru sampai dari surau pun mencelah " Papa adam ada belikan 2 kotak bungapi tu masa dia datang hantar  adam dan aminah ke sini". Oh patut lah beria bebenor anak saudara aku ni nak main bungapi. Jadi, selepas aku habis makan dan berehat sekejap. Aku pun ambil lah lighter, lilin dan kotak bungapi tersebut. Erm apa lagi main sakan lah diorang ni. Namun begitu sebagai langkah keselamatan aku, abah aku dan adik bongsu aku memantau dan membakar bungapi tersebut bersama dengan kedua dua anak saudara aku ini. Bimbang jugak kot dibuatnya diorang excited dan tak tahu bahaya bungapi tu nanti karang jadi kes lain pulak. Berikut ini lah gambar yang aku capture..






Memang excited betul budak ni. Geleng jugak kepala aku dibuatnya. Mana tak nye nak dapatkan shot dan angle terbaik untuk capture the best moment nephew aku bermain bungapi ni sangat mencabar. Haha anyway dalam part seterusnya akan ada lagi gambar anak saudara aku ni bermain bungapi dan siap ada mercun lagi.

Setelah selesai memantau anak anak saudara aku ini bermain bungapi dan diorang pun masuk ke rumah. Pasal bungapi tu, aku cuma benarkan mereka bakar bungapi tidak lebih daripada 10 batang setiap orang sahaja. Jadi secara ringkasnya banyak lah juga saki baki bungapi yang masih belum dibakar lagi. Bahkan hingga ke saaat entri ini ditaip pun, aku kira masih ada tidak lebih daripada 200 batang bungapi yang masih belum dibakar. Haha..banyakkan.

Seterusnya pula, aku habiskan masa di luar rumah dengan mengambil gambar gambar ala ala Milky way gitu. Walaupun takde lah menjadi sangat gambar Milky Way tetapi okay lah.



Gambar paling last sekali tu jika sekali imbas korang mesti fikir itu lintasan meteor. Jika korang lihat betul betul lah pada gambar tu. Namun sebenarnya, ketika aku ambil gambar ke-3 tu. Ada sebuah pesawat terbang di ruang udara. Mungkin pesawat penerbangan jarak jauh dan kebetulan pula masuk dalam Field of View lensa kamera Nikon D3000 aku. Dengan menggunakan manual setting dengan shutter speed 30 saat (30"), aperture 3.5, lensa 18 mm wide angle, dan tripod. Maka itu lah hasil yang aku dapat. Kesemua gambar ini aku edit pula dalam software Adobe Photoshop Lightroom version 5.0

Okay lah dalam entry seterusnya pula, akan aku ceritakan kisah hari raya pertama dan kedua di Terengganu dan Kelantan. Insya Allah. Wasalam.

Tiada ulasan: