Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah baru malam ini berkesempatan nak menaip dan kemas kini blog aku. Walaupun hari ini takde lah banyak sangat kerja yang aku buat tapi banyak berehat dan kemas dapur serta memasak sedikit sebab family aku hari ini sekali lagi pergi ke Besut untuk menghadiri majlis sambut menantu anak kepada sepupu abah aku di sana. Aku pulak tak pergi sebab rasa sakit perut tapi bila diorang blah rasa okay pulak haha..
Anyway ini adalah sambungan daripada
part 2.
Kali ini aku nak kongsi pengalaman berhari raya di Kelantan.
Kami bertolak ke Kelantan pada petang hari raya pertama. Mula mula kami singgah sebentar di rumah mak usu sebelah abah (adik bongsu abah) di Kampung Pagar Besi, Batu Rakit kerana nak ambil nenek untuk dibawa ke rumah pak long (abang sulung abah) yang menetap di Felda Selasih di Besut. Untuk pengetahuan korang, nenek (emak abah) aku ni sebenarnya menghidap penyakit dementia yang boleh kata sangat teruk jugak lah. Di samping itu dia juga ada penyakit penyakit lain tetapi masih boleh dikawal. Cuma itu lah kalau nak bersembang dengan dia lama lama suddenly dia akan lupa apa yang mula mula dibualkan. Bahkan dia pun sudah tidak kenal anak anak dan cucu cucu apatah lagi cicit dia. Ermm itu lah dugaan untuk nenek aku.
Our first destination bila sampai di Kelantan ialah untuk bermalam di rumah adik aku (aku panggil angah je). Kebetulan mereka laki bini sibuk bersiap nak pergi ke tempat kerja masing masing maka sempat lah masuk ke rumah. Kalau tidak terpaksa lah call dan minta kunci rumah daripada diorang di tempat kerja mereka. Dapat lah berehat sambil santap makan malam dan menonton rancangan TV yang ada. Aku pulak asyik sibuk mencari signal WIFI tapi dek kerana hari raya barangkali ramai sangat kot users berduyun duyun nak guna internet. Maka line internet pun sangat lah slow. Aku pun just main PC games dan tengok TV serta lepas tu tidur lah.
Bangun pada pagi raya kedua, well takde apa banyak yang dibuat tetapi selepas mandi aku siap siap kemaskan barang sebab petang nanti kena bertolak balik ke Terengganu. Pada jam 9 pagi kami bergerak menuju ke rumah pak ngah (abang ngah abah) di Kampung Dusun Pinang yang terletak di Salor. Ia tak jauh dari bandar Pasir Mas dan boleh kata kawasan sempadan Pasir Mas - Kota Bharu lah. Selain nak beraya, kami datang ke sini juga nak menziarahi anak sulung kepada pak ngah yang baru sahaja selamat melahirkan anak yang ke-4 semasa bulan puasa baru baru ini. Memang produktif betul sepupu aku ni hahaha...
Macam biasa lah datang ke rumah tak kan sembang sahaja kan. So kami dihidang dengan pelbagai maam aneka juadah hari raya oleh pak ngah dan isterinya. Antaranya ialah Nasi Dagang Kelantan (tak sama dengan Nasi Dagang Terengganu), Bihun goreng, Keropok lekor, Kek Lapis Sarawak, Nasi Minyak, aneka biskut raya dan kerepek. Apa lagi aku pun santap lah sebab breakfast sebelum bergerak tadi sekadar minum air mineral dan sedikit nasi himpit dan rendang.
|
Pelbagai macam aneka juadah terhidang di depan mata. Makan tu makan jugak tetapi kena lah jaga apa yang patut dan tidak patut dimakan. |
|
Sampai licin balang biskut raya dikebas. hahaha... |
Selepas makan, kami pun bersembang lah. Pelbagai macam cerita kami kongsi sesama kami.
|
Yang lelaki pakai T-shirt hitam tu ialah suami kepada sepupu (anak pak ngah no.2). Kebetulan mereka pun baru sahaja sampai di sini tapi lebih awal daripada kami lah. Macam macam hal topik diborakkan. Ala..biasa lah kan hari raya. Mesti nak tahu apa perkembangan kehidupan terkini. Yang pasti tiada isu politik dibualkan. haha... |
Kemudian adik bongsu aku pulak ajak kami semua beraya di rumah kawan yang pernah duduk satu kolej semasa belajar di UiTM Puncak Alam dulu. Kata adik bongsu aku, rumah kawan dia terletak di satu kawasan bernama Taman Mekasar tak jauh dari Pasir Mas. Ermm aku pun tak biasa dengan jalan tu tapi yang memandu kereta ialah abah aku. Kebetulan adik ipar aku ada apps GPS dan Waze dalam smartphone dia. So kami jadikan apps Waze itu sebagai backup plan jika lokasi tidak dapat dicari.
|
Yang mengada pakai spek mata tu lah adik bongsu aku. Yang sebelah dia tu pun adik aku jugak. Haa..jangan nak mengada mengorat ek. Adik aku yang pakai tudung purple tu sudah pun bersuami. Yang pakai tudung hijau tu pulak insya Allah tidak lama lagi tahun depan lah kot. |
Sekitar jam 12 tengahari kami pun bergerak menuju ke rumah kawan adik bongsu aku tu lah. Sebelum tu sempat snap pic pokok durian di belakang rumah pak ngah aku.
|
Tak sangka sebab ikut pengalaman aku yang sudah, jarang bebenor buah durian berbuah di rumah pak ngah aku ni. Kali ni betul betul berbuah. |
Nak ringkaskan cerita campur dengan terlajak dan tersesat sampai tanya jalan pun orang yang beri direction pun salah jugak then lastly call tuan punya badan untuk lead kami ke rumah empunya badan. Maka sampai lah kami di rumah kawan adik bongsu aku di Taman Mekasar tak jauh dari Sekolah Kebangsaan Mekasar, Pasir Mas. Kami dijemput masuk oleh ayah kepada kawan adik bongsu aku tu lah. Baru aku tahu ayah kepada kawan adik bongsu aku ni merupakan seorang pesara dalam sektor pendidikan. Nak bahasa mudah bekas guru besar sekolah lah. Anak anak dia pula kebanyakkannya graduan dalam bidang perubatan dan pergigian. Pada aku okay je..tak kisah lah jadi apa pun asalkan berjasa kepada agama,bangsa dan negara. Betul tak??
Macam biasa lah sembang pelbagai macam perkara dan adik bongsu aku ni pulak apa lagi mahu bersembang lebih sejam kot huh...hahaha. Namun pada aku part yang paling best giler ialah sudah tentu dijamu dengan makanan. Selain kuih muih biskut raya dan kerepek raya, kami juga dihidangkan dengan ketupat, nasi himpit, kuah kacang, rendang ayam, karipap dan mee goreng serta sambal tumis dan kek lapis sarawak. Ermm famous betul kek lapis Sarawak kat Kelantan ni yerr.
|
Sebelah kiri abah aku (sempoi je abah aku bersembang haha). Sebelah kanan pulak ayah kepada kawan adik bongsu aku. |
|
Yang sebelah kiri ni lah kawan kepada adik bongsu aku. Sebelah kanan tu mama aku. |
|
Orang perempuan kalau bersembang ermm faham faham ajer lah. |
|
Paling kiri sekali berpakaian baju t-shirt biru ialah adik ipar aku no.2 tau.. |
Aku ingatkan habis setakat ini sahaja tapi enggak dong.. Selepas itu, sekali lagi adik bongsu aku kata nak jumpa kawan dia sorang lagi. Kali ini di Bachok pulak. Dari Pasir Mas ke Bachok dalam keadaan jalan yang agak sesak ni mahu makan masa lebih satu jam. Mana taknya, jalan sesak dengan kereta mostly golongan perantau yang pulang beraya lah.
|
Jem jem...sabor aje lah menunggu. |
|
Gambar ini aku ambil sebab ada kenangan. Lokasi di satu simpang dekat jalan Pasir Hor. Pada tahun 2008 lalu di sini lah aku terlibat dengan satu kemalangan membabitkan 2 buah motor. Aku hanya cedera ringan manakala yang seorang lagi cedera parah sebab masa kemalangan tu saksi kata dia tidak pakai helmet. |
Sekitar jam 3.15 petang, sampai lah kami di rumah kawan adik bongsu aku tu. Yang ni aku ingat sebab sokmo jumpa masa diorang semua masih menuntut di UiTM Puncak Alam. Nama dia Atikah, aku panggil dia mek tikah (bahasa standard dialek kelantan bagi membahaskan seseorang anak gadis) cuma sejak mereka semua tamat pengajian maka aku pun tak banyak tahu sangat pasal mereka.
|
Yang berpakaian baju biru,bertudung grey dan bercermin mata itu lah aku panggil Mek Tikah. Kini sudah bekerja di sebuah syarikat vendor milik kilang Perodua di Selangor. Tak pasti masih single atau sudah berpunya cuma yang pasti aku tak akan mengorat dia sebab aku anggap dia sudah jadi macam adik aku sendiri. |
Kemudian datang lah pula anak anak saudara aku dengan mak bapak diorang. Kebetulan masa itu mereka juga turut singgah beraya di rumah kawan mereka tidak jauh dari situ. Alang alang semua sudah ada dan cukup korum walaupun lokasi di rumah orang lain. Maka kami guna kesempatan untuk mengambil gambar ala ala family portrait.
Sambil itu, aku juga sempat ambil beberapa keping gambar keletah anak anak saudara aku beraya. Budak budak ini memang lah ada style tersendiri. Nak cubit diorang pun ada...rasa geram je. Hahaha..
|
Muhammad Nur Adam. Aku panggil wak adam sebab celoteh dia mengalahkan orang tua. Umur sudah 4 tahun. |
|
Nur Aminah Zakiah. Ni pun aku gelarkan dia dengan panggilan wak aminah sebab ikut perangai abang dia yang suka banyak bercakap walaupun kadang kala tak berapa jelas apa yang dia cakap. Maklum lah umur baru 2 tahun. |
Selesai beraya di rumah kawan adik bongsu aku ni, kami pun bergerak balik sebentar ke rumah adik aku. Kemudian kami balik ke Terengganu tetapi sebelum itu kami singgah beraya di rumah pak de kami iaitu adik lelaki kepada abah aku. Kebetulan anak anak pak de khususnya lelaki termasuk lah anak menantu lelaki tunggal dia suka main bungapi dan mercun maka sempat lah aku snap beberapa percikan letupan mercun dan bungapi. Macam biasa lah sebab anak anak saudara aku ada maka diorang lah yang paling excited hinggakan anak menantu pak de aku dengan bermurah hati memberi 3 kotak bungapi percuma kepada wak adam. 1 kotak ada lebih kurang 30 batang. Perghh memang mewah betul lah anak saudara aku ni dengan stok bungapi. Tak campur lagi yang papa dia belikan. Haha..
|
Yang ni salah satu percikan letupan mercun yang sempat aku snap. Susah woo nak tangkap gambar macam ni. Terpaksa guna continuous shutter press button. Kena guna auto nigh photoshoot sebab ini lah pertama kali nak cuba snap gambar sebegini. |
|
Wak adam lah paling excited bab macam ni. haha... |
|
Yang ni nampak lebih colorful berbanding dengan yang atas tadi. Letupan yang ini agak kuat sedikit berbanding dengan yang first tadi. |
Okay lah aku rasa cukup sampai setakat ini sahaja perkongsian coretan entry aku kali ini pasal sambutan hari raya aidilfitri bagi tahun 2015 Masihi dan 1436 Hijrah. Aku berharap kepada yang membaca dan melawat blog aku yang tidak lah seberapa gah seperti bloggers terkenal yang lain supaya korag semua dirahmati oleh Allah s.w.t. Sepanjang beraya ini, kepada mereka yang memandu pulang ke kampung hatta balik ke kota dan sebaliknya pandu lah dengan cermat dan berhati hati. Ingat lah jalan atau leburaya itu bukan lah milik kita seorang tetapi milik semua untuk dikongsi. Kemudian pasal menyambut hari raya pula sudah ada ditekan kan apa yang patut dan tidak patut dibuat sepanjang hari raya aidilfitri ini. Boleh lihat pada entry sebelum ini di
sini. Harap masing masing mainkan lah peranan dengan sebaik mungkin. Itu sahaja.
Sekian, Terima kasih. Wasalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan