Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 2 Ogos 2016

Terlepas pulak...

Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera.

Sedar tak sedar, sudah lebih sebulan aku tidak mengemaskini blog aku ini. Al maklum lah, sibuk dengan hal kerja nye, hal sakit nye, hal puasa nye, celebrate hari raya dan balik kampung serta lain lain perkara.

Last update blog ini semasa bulan puasa iaitu bulan Jun lepas. Kemudian, bermula daripada situ la sibuk dengan pelbagai macam perkara. Termasuk lah dengan pelbagai masalah lain. Memang ujian dan dugaan bulan puasa tahun ini. Sabor ajer lah...

Maka bagi episode entry kali ini, aku akan rewind apa yang dah berlaku semasa bulan puasa dan raya bebaru ini. Oh tidak lupa, sebab hari ini second last day of Syawal..so wish all of my Muslim friends Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.






Gambar gambar ini, seingat aku lah..masa hari kedua atau ketiga bulan puasa tahun 2016 bulan 6 lalu. Allahuakbar..,hujan yang teramat lebat bahkan lebih lebat daripada hujan lebat musim tengkujuh hinggakan di sesetengah tempat banyak pokok tumbang. Agak aneh sekali hujan masa tu. Namun bagi aku dan housemates yang lain, alhamdulillah kami dapat berbuka puasa. Nak jadikan cerita, tak sangka jiran kami beri pula bihun goreng campur telur mata 4 biji. Salah seorang housemate aku pula buat jejemput bawang bilis. Okay la..rezeki Allah.. murah betul. Duit pun jimat.










Sesi baik pulih round 1. Round 2 kat kedai.
Bulan puasa tak bermakna serba serbi kena hold atau stop. Contoh bab hobi favourite aku dalam RC masih lagi berjalan seperti biasa. Cuma kali ini ada kelainan sedikit sebab aku mula berjinak dengan RC drone. Di Malaysia tak silap aku RC drone mula diperkenalkan sejak tahun 2010 lagi tapi ini cuma andaian peribadi aku sahaja, jika ada yang tahu hal sebenar boleh perbetulkan lah. RC drone yang aku beli ini ialah jenama Syma model X8G. Ia berkeupayaan untuk terbang setinggi 150 meter di udara selama 15 minit tanpa henti. Ia dilengkapi dengan 4 bilah kipas rotor utama dan ada juga diberikan 4 bilah kipas tambahan jika kipas rotor ada kerosakan. Ia juga turut dibekalkan dengan satu set kamera mirip seperti kamera GoPro tetapi buatan Syma. Kamera ini cuma boleh rekod gambar dan video sahaja. Tiada sistem WiFi camera yang membolehkan kita tengok terus daripada android handphone kita. Ia dikuasakan dengan bateri LiPo berkapasiti 7.4 Volt 1800 mAh atau 2000 mAh. Tatkala entry ini dibuat, Syma X8G sedang masih dalam proses baikpulih kerana mengalami 'nahas udara' akibat masalah teknikal pada sistem rotor. Yang pasti RC drone ini bukan lah hobi yang murah walaupun pada level toy grade sahaja. Kos baikpulih dan ganti alat pun boleh mencecah harga ratusan ringgit bergantung kepada model. Jika model RC Drone itu ialah jenama DJI Phantom, WL Toys, Walkera, dan Typhoon kena sediakan dalam bajet 4 angka. Teguran daripada tokey RC drone khusus yang memilik RC drone yang ada sistem GPS seperti Phantom dan Typhoon ialah tolong jangan terbang dekat kawasan lapangan terbang dan juga laluan pesawat udara lain seperti kapal terbang ringan dan helikopter. Bahkan beberapa hari lepas Putrajaya telah mengisytiharkan bahawa wilayah Putraya ialah kawasan No Fly Drone zone. Tindakan undang undang boleh dikenakan jika ditangkap. Bahkan DCA (Jabatan Penerbangan Awam) juga akan mengusulkan kepada Parlimen tidak lama lagi untuk menetapkan bahawa setiap pemilik drone wajib memiliki lesen drone. DCA juga telah menguatkuasakan larangan terbang drone di sekitar kawasan lapangan terbang. Begitu juga halnya dengan pihak TUDM yang melarang penerbangan drone dekat kawasan lapangan terbang TUDM.

Walaubagaimanapun, larangan ini hanya lah untuk mereka yang degil dan ingkar untuk menerbangkan di kawasan kawasan yang telah disebutkan tadi. Selain daripada tempat tempat itu, ia dibenarkan. Maka bermain lah drone dengan penuh etika.

RC tank pula macam biasa cuma kali ini ada buat sedikit video dan diorama cuma terlupa pula nak upload ke dalam akaun Youtube. Insya Allah akan dibuat tidak lama lagi.











Gambar semua ni pulak, seingat aku lah...masa minggu kedua atau ketiga bulan puasa lepas. Alhamdulillah, ada rezeki lebih sikit maka apa salahnya belanja satu department makan sekali setahun. Kena pulak dalam bulan penuh barakah yang mana satu amal kebaikan / kebajikan dilipatkali ganda sebanyak 10 kali. Selain itu, ia juga dibuat untuk mengeratkan sesama kami juru X-ray Kulliyyah of Dentistry. So takde lah terperuk kat office dan bilik X-ray sahaja kan. Lokasi jamuan ini ialah di New Horizon Garden di bandar Kuantan. Alhamdulillah..the price of package is not bad which not expensive neither cheap too but it's affordable untuk hold jamuan makan ramai ramai. Cuma nak habaq mai, sehari dua selepas jamuan ini aku terkena gastritis attack. Mungkin sebab makanan yang ada element sour dan spicy. Kena admit jam 5 pagi waktu sahur..dapat lah MC free 1 hari. Lepas ni sebelum nak makan jamuan kena study dan tanya dulu ramuan apa yang digunakan. Maaf kualiti gambar tak cantik sebab guna kamera tablet ASUS.






Bulan puasa juga tidak membataskan diri aku untuk buat kerja luar dan juga buat pemeriksaan kesihatan berkala. Ketika bulan puasa lepas, aku berkesempatan untuk mendaftarkan diri dan menyertai Medical Insurance kumpulan AIA Berhad di cawangan AIA Kuantan. Alhamdulillah bayaran tahunan lump sum telah pun dibuat dan akan mendapat kontrak polisi insuran dan medical card dalam tempoh kurang seminggu lagi setelah berurusan dengan pihak HQ AIA Kuala Lumpur dek kerana ada kesilapan kecil dalam poskod yang digunakan.

Kemudian, aku juga sempat buat pemeriksaan kesihatan berkala di bulan puasa ini. Alhamdulillah, result memang cantik cuma pihak BP Healthcare menerusi health advisor membuat komen tang lemak yang dikira agak tinggi sedikit. Selain itu ujian darah penuh juga masih menunjukkan kadar LDL (kolesterol jahat) yang melebihi paras optimum namun dibandingkan dengan ujian darah penuh 3 bulan sebelum (bulan 3 lepas) ia didapati menunjukkan penurunan ketara. Again, Alhamdulillah be grateful and thankful a lot to Allah the Almighty. Buat masa ini aku masih perlu kena pantang makan, kawal jumlah makanan dan jaga waktu makan. Di samping itu kena kekalkan latihan fizikal setiap hari sekurang kurangnya 30 minit sehari dengan sama ada berjalan kaki, berbasikal, jogging dan juga aerobic. Aku kerap buat aerobic sekarang ni. Hehehe.. Salah satu video yang aku suka guna untuk tujuan aerobic ialah ini



Buat exercise tau bukan tengok aurat instructor tu. Hahaha..








Bulan puasa juga pada tahun 2016 ini agak sibuk kerana 2 minggu pertama bulan puasa masih ada sesi klinikal oleh para pelajar pergigian. Selepas tamat sahaja sesi klinikal, aku dan rakan rakan lain juga turut disibukkan dengan pelbagai kerja tambahan lain seperti mengisi data statistik, menguruskan hal pembelian aset, membuat kertas kerja pembelian aset, dan pelbagai lagi. Kemudian, tempat kerja aku juga telah didatangi oleh syarikat One Dental Supply yang menunjukkan demonstrasi tentang alat baru iaitu Photostimulable Phosphor Plate scanner atau secara mudah dipanggil PSP scanner. Ia merupakan satu alat untuk menukarkan imej X-ray daripada alat perakam imej X-ray iaitu Image phosphor plate kepada imej X-ray yang boleh dilihat di paparan skrin monitor komputer. Kos pembelian alat ini mencecah RM 27,800.00 per unit termasuk sekali dengan IP plate dan lain lain aksesori. Buat masa ini ia masih dalam proses menunggu kelulusan dan harap akan diluluskan kerana digital X-ray sensor yang sedia ada banyak pula buat masalah. Selain itu, aku juga masih dalam proses mendapatkan surat sebut harga bagi membolehkan kesemua mesin X-ray di premis ini dapat dibuat ujian Quality Assurance and Control. Belum masuk lagi bab kerja service dan maintenance yang sedang diuruskan oleh engineer di premis ini. Pendek kata, walaupun students bercuti tetapi kami warga kerja tak pernah rasa cuti bila buat kerja. Nak buek camno..kijo ajo lah.







Okay lah sebelum nak mengakhiri entry ini..don't worry akan ada sambungan ye...

Ini ialah sebahagian rakaman gambar yang diambil di pasar Ramadhan di Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Ini dirakam seminggu sebelum Aidilfitri. Tak sempat nak capture banyak kerana keadaan cuaca yang mendung dan hampir hujan. Masa ini tak silap aku jam 6.30 petang dan orang pun memang ramai membeli juadah berbuka puasa. Selain gerai gerai jualan makanan dan minuman ada juga gerai gerai menjual ikan, sayuran, buah buahan segar, pakaian, tudung, produk kesihatan dan kecantikan dan juga bungapi serta mercun. Aiseh men..aku sendiri pun terbeli tapi beli mercun roket dan mercun bawang ajer lah. Hahaha..

Okay lah sampai sini sahaja catitan entry ini. Jumpa sambungan lain pula. Wasalam..

Tiada ulasan: