Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 4 Ogos 2016

Terlepas pulak...bahagian 2.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Okay lah kali ini sambungan entry yang sebelum ni ye..malas la nak intro panjang panjang..macam skema daa...

Tengok ajer lah apa yang nak dikongsikan cerita, gambar dan video yer..




Gambar ni diambil waktu minggu ketiga bulan puasa. Masa ni tak silap aku, last day kerja kot sebelum aku start cuti. Diorang ni dental nurse dan dental surgery assistant. Sekarang ni nama baru jawatan ialah dental therapist. Saje je aku borak, lepak santai dengan diorang sebab kerja pun tak banyak mana masa ni. Students pun masa ni dah seminggu takde sesi klinik kerana exam dan cuti semester. Kat UIA tak dipanggil semester, ia dipanggil system block. Masa ni sesi beri duit raya..yang paling kanan tu munasabah la sebab still single tapi baki 3 orang ni dah jadi isteri orang. Haha...










Sesedap menunggu ke hari terakhir bekerja dalam bulan puasa di tempat kerja. Aku diminta untuk buat 2 kerja iaitu jaga exam pelajar pergigian tahun 5 dan assist research pelajar pergigian tahun 4. No matters at all. Simple dan kacang aje. Cuma yer la kerja dalam waktu bulan puasa ni cepat benor rasa exhausted. Kena pulak kalau missed time sahur ataupun kena gastric attack...perghh tak tahu nak habaq mai camne feeling nyer tu. Aku kena jaga exam dental students year 5. Diorang sit exam paper subject Dental Public Health, ada jugak la aku jenguk sikit sikit question paper dan answers diorang..bajet macam aku pulak lecturer diorang padahal juru X-ray je hehehe..boleh tahan jugak soalan yang macam agak mengelirukan sebab jawapan jawapan dalam Multiple Choice Questions tu agak agak hampir la. No wonder ada kalangan pelajar pelajar pergigian dan perubatan kata yang study medicine ni susah masa study dan kerja manakala study dentistry ni susah masa study tapi senang time kerja. Pada aku sama je susahnya. Huhu... Manakala untuk research pula, well aku tak tahu sangat la apa tajuk research diorang. Aku assist pun sebab bidan terjun dek kerana staff yang sepatutnya handle ada urusan lain. Alang alang menyeluk perkasam, biar lah sampai ke pangkal lengan. Mula mula monitor dan assist research menggunakan mesin X-ray intraoral. Later on, the students request for the use of CBCT. So aku pulun ajer lah kedua dua sekali. Kat unit X-ray sini, dia punya suhu air-conditioner memang sejuk gilerzz...aku rasa mungkin bawah 16 degree Celcius kot. So terpaksa la berkelubung dengan jaket kerja. Kalau ada sweater lagi bagus.









Yang ni pula malam minggu akhir puasa. Aku pun dah lupa exactly hari dan tarikh. But what I like is this cute and cuddly kitten. Mama aku panggil Si Tompok. Usia ikut anggaran dalam 6-8 bulan. Sayang si ibu kucing (kami panggil Si Dabuk kerana warna badan dan bulu menyerupai haiwan dubuk) pula hilang entah ke mana. Ada seekor lagi kitten yang mama jaga iaitu Si Kuning tapi actually warna bulu nye oren. Entah lah. This one kitten agak nakal dan suka lari dari orang kecuali mama aku. Ia cuma akan rapat dengan aku jika lapar nak makan. Masa tu dia mula la gosok gosok kat kaki aku sambil mengiau tanda ia lapar dan nak makan. Lepas kenyang, hulurkan tangan pun terus cabut lari. Dia suka tidur kat area ruang tamu terutama sebelah petang kerana bahagian ruang tamu rumah kami menghadap angin pantai. Sebelah malam pula suka main sneak and hide kat ruang garaj dan depan rumah yang penuh dengan pasu bunga dan pokok pokok buah buahan dan sayuran milik mama aku. Banyak kali juga kena marah dengan mama aku si Tompok ni sebab masa dia main tu lah dia punya nakal sampai patahkan pokok bunga mama aku terutama bunga ros, mawar dan orkid yang jadi favourite mama aku. Ubat untuk cegah kenakalan si Tompok ada..iaitu...


dan juga ini..


Hahaha...kalau si Tompok dan si Kuning nampak memang senyap aje 2 ekor tu. Haha..ni pula gambar si Kuning.

Si Kuning.


Kemudian pada hari hari akhir bulan puasa, aku habiskan masa di kampung ibu bapa aku di Kuala Nerus, Terengganu. Well, bulan puasa ni faham ajer lah..bosan. So aku pun ada masa sebelah petang take a drive all around my hometown.




Okay gambar gambar ini pula aku ambil di kawasan muara Seberang Takir. Dulu kawasan ni cuma lah kawasan pasir pantai dan kampung nelayan sahaja. Sekarang dibangunkan sebagai kawasan laluan jambatan utama kedua sebagai alternatif kepada jambatan utama sedia ada iaitu Jambatan Sultan Mahmud yang telah dibina semenjak tahun 1985 lagi. Jambatan asal dan agak lama pula terletak di kawasan Pulau Rusa di Manir tapi sempit dengan hanya mempunyai 2 lorong sahaja. Manakala jambatan Sultan Mahmud pula 4 lorong. Jambatan baru ini menurut jangkaan kontraktor bakal siap paling awal tahun 2017 depan. Bukan setakat jambatan sahaja tetapi turut dibina kawasan riadah, Mall Complex dan kawasan restoran. Kata orang orang kat situ pula, jambatan ini boleh dibuka dan ditutup jika ada kapal besar lalu. Aku terfikir besar mana lah kapal yang boleh masuk muara Sungai Terengganu ni. Paling besar pun tongkang kapal pasir je. Paling canggih pun kapal ronda pesisir milik APMM, Polis Marin dan TLDM. Yang kerap keluar masuk ialah kapal bot nelayan dan kapal bot pelancong termasuk feri laju yang membawa pelancong dari kapal besar seperti Star Cruise atau membawa pelancong dari jeti Shahbandar ke Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhentian dan lain lain pulau termasuk juga port hotspot kaki pancing laut dalam. Pada aku projek ini bermanfaat tapi tang Mall Complex dan buka tutup jambatan tu tak perlu la. Boleh aje copy paste design jambatan Pulau Pinang.



Okay lah sambung pada episod ketiga...Wasalam.

Tiada ulasan: