Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 23 Oktober 2016

Futsal

Assalamualaikum semua.
Macam biasa moga moga semua pelayar dan pembaca blog ini sentiasa sihat walafiat dan happy sokmo.

Okay lah entry kali ini nak sentuh pasal satu event yang sebenarnya aku malas nak join tapi dek kerana pesan mama dan arwah atok nenek aku (sebelah mama) untuk jangan hampakan harapan orang andai apa yang diminta itu ialah perbuatan baik, maka aku pun follow ajer lah.

FUTSAL....a'ah yer futsal. Sport paling aku tak minat. Yang aku minat cuma yang melibatkan elemen projectile dan berjogging serta berbasikal aje termasuk aerobic. Okay lah jom baca...
Semuanya berlaku seminggu sebelum pertandingan Futsal diadakan. Oh sebelum tu ye..aku list details pasal futsal tu...

THE 4TH FUTSAL TOURNAMENT.
KULLIYYAH OF DENTISTRY
STUDENTS vs STAFFS
Time: 5.00 pm - 12.00 am.
Venue: IIUM Kuantan Sport Complex.
Date: 18 October 2016.

Itu la serba sedikit detail event yang dah berlalu tu. Well, asalnya pada satu hari seminggu sebelum event (atau maybe 2 minggu sebelum tu kot..?? entah la..) aku dipelawa oleh beberapa staff dan junior tempat kerja aku untuk join event tu. Pada mulanya aku rasa macam culas, malas sangat. Tapi dalam hati rasa macam nak join je. Hingga lah 3 hari sebelum event tetiba dapat satu WhatsApp mesej daripada satu group yang mana members dalam tu semua aku kenal tapi kenapa pulak kan? Lepas aku baca mesej tu oh baru lah aku faham yang aku sudah pun drafted into the futsal committee team. Aku dilantik jadi bahagian media. So mostly tugasan aku lebih bertumpu kepada rakaman audio dan visual audio...alah....skema sangat...bahasa mudah, aku kena tangkap gambar dan rakam video sepanjang event tu berlangsung. Mula mula aku rasa macam tak nak sebab mengenangkan kamera DSLR Nikon D3000 aku tu yang dah lama tak shoot pics. Tapi sebab dah dilantik ke dalam committee so nak tak nak amanah kena lah dilaksanakan sebaik mungkin.

Jadi tak nak lah cakap banyakkan...layan ajer lah gambar ni..



























Tak terhad dengan acara pertandingan futsal sahaja turut diadakan ialah jualan makanan dan minuman serta kutipan derma. Hasil jualan digunakan untuk membiayai dana persatuan kumpulan staff teknikal dan klinikal di tempat kerja aku. Manakala, derma pula dilancarkan kerana ada salah seorang staff sini terlibat dalam kemalangan jalanraya. Alhamdulillah, kecederaan yang beliau alami hanya lah ringan.

Oh hampir terlupa nak beritahu pasal event ini. Event ini sudah 4 kali diadakan dengan kali pertama dibuat secara rasmi pada tahun 2012 lalu. Sebelum tu, sudah ada pertandingan futsal cuma tak dibuat secara rasmi dan tiada apa apa hadiah pun. Hanya selepas dibuat dengan rasmi baru lah ada hadiah termasuk medal dan piala. Acara ni memang membabitkan pelajar dan staffs. Semua pelajar terlibat (yang bermain futsal aje lah) bermula tahun 1 hingga tahun 5. Manakala staffs pula datang daripada pelbagai peringkat department dan jawatan. Setakat ni aku belum lagi nampak penglibatan staff international kecuali student international. Ermm, mungkin ada kot sebelum ni tapi terlepas pandang...entah lah. Bagi tahun 2016 ni, juara ialah kumpulan students. Tahniah lah ye. 

Okay lah setakat tu aje entry ini. Lagipun sekarang jam 12.12 am, mata pun ngantok giler..sebelum tu layan video ni ye.




Sorry yang last tu lupa nak adjust orientasi. Apa apa pun terima kasih ye. Wasalam...

Tiada ulasan: