Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 31 Oktober 2016

Layan hobi hujung minggu..

Assalamualaikum semua,

Harap semua yang baca, layan, singgah hatta tengok aje blog aku ini semua sihat,ceria, baik, dan bagus bagus belaka kondisi masing masing ye.

Tatkala aku mengemaskinikan blog aku ini, hari ini ialah Isnin 31/10/2016. 2 hari lepas merupakan hari perayaan bagi yang beragama Hindu..jadi sekadar nak ucapkan sahaja (ucapkan sahaja) Deepavali kepada rakan rakan yang beragama Hindu. Walaupun dalam kalangan orang beragama Islam ada yang kata tak boleh bahkan siap fatwakan haram tapi setelah meneliti pendapat para ulama dan agamawan (bukan ustaz atau ustazah facebook jadi jadian). Isu ini bergantung kepada niat. Sekadar mengucapkan sahaja tak menjadi masalah. Berkunjung sahaja pun tak jadi masalah. Yang tak boleh ialah mengikut upacara agama mereka. Well, isu ini kalau nak kupas kat sini pun tak habis dan biarlah yang ada kepakaran berbicara bukan mereka yang setakat belajar agama melalui Google lepas tu terus jatuhkan hukuman...saja nak beri puak puak ni sedar sikit.

Okay lah pada hujung minggu lepas dan juga bebaru ini, Alhamdulillah aku diizinkan Allah untuk balik ke kampung halaman di Terengganu. Bukan sekadar balik dan berehat ajer bai...kena lah bantu parents ringankan beban kerja rumah diorang. Sapu sampah, buang sampah, bersihkan halaman rumah, potong dan cantas dahan dahan pokok, bakar sampah, belikan barang keperluan atau sarapan pagi, tolong hidangkan makanan, dan macam macam lagi la.

Selain daripada itu, aku juga tak lepaskan peluang untuk bersenam bagi meningkatkan kecergasan badan dan kecerdasan minda. 40 minit jalan kaki atau joging waktu pagi dan aerobik pada petang hari dan selang selikan kedua dua aktiviti ini dengan izin Allah dapat menyihatkan tubuh badan. Allah lebih suka umat Islam yang sihat daripada yang sakit walaupun sakit itu juga penghapus dosa. Tapi tang makan pun kena jaga juga...erm itu lah yang kadang kala payah sikit khusus waktu malam. Yang itu tak mengapa lah, insya Allah masih berusaha untuk kurangkan kalori waktu malam.


Pada hujung minggu 2 minggu lalu...



Yeah, pada 2 minggu lepas (waktu hujung minggu la..hari Sabtu).  Tak jauh dari rumah parents aku telah diadakan pertandingan payung terjun Angkatan Tentera Malaysia. Ia berlangsung selama seminggu bermula 22/10/2016 hingga 29/10/2016. Tidak terhad dengan pertandingan payung terjun sahaja, turut diadakan bersama ialah pameran aset aset milik pasukan Komando tapi aku tak pasti sama ada ia benar benar under Grup Gerak Khas atau Special Force Paratroopers. Tak apa lah, asalkan ia masih pasukan khas dan ia Tentera Malaysia..betul tak?

Apa yang aku rasa kagum bercampur hairan ialah kenapa buat acara sebegini di musim tengkujuh? Erm entah lah...cuma aku harap di masa akan datang pihak penganjur dapat memikirkan waktu yang sesuai untuk acara ini.

Selain rekod guna video, aku juga sempat pergi ke tempat pameran tersebut dan ambil pelbagai gambar di sana.















Macam macam aset tentera yang ada. Yang menarik perhatian aku sudah tentu Sniper rifle. Tak sangka pasukan komando kita ada pelbagai jenis sniper rifles. Anti personnel sniper rifle, Suppressor sniper rifle, Anti material sniper rifle, Long range sniper rifle, heavy calibre sniper rifle, standard sniper rifle dan macam macam lagi lah. Model Barretta, L96, NTWSK, dan beberapa jenis model lagi. Selain itu ada juga senjata senjata lain dipamerkan seperti pistol model Glock 17 lengkap dengan laser dan taclight, Assault rifle M4A1 carbine dengan sistem EOS holographic sight, sub machine gun model MP5K, MP5SD, dan shotgun. Terdapat juga peralatan lain yang dipamerkan seperti Findranger, binocular, Thermal binocular, Thermal ranger with bino system, dan lain lain lagi.
Kemudian 2 hari lepas acara ini pun habis dan aku sempat tangkap gambar helikopter Nuri mendarat.



Sayang sekali tak sempat nak rakam video sebab tangan cuma ada 2 sahaja. Kalau macam Squidward kartun dalam Spongebob Squarepants tu takpe la hahaha...

Okay lah, keesokannya pula aku peruntukkan masa untuk aku dengan RC tank aku. Kali ini, aku rasa gian bebenor nak jadikan ia sebagai model photoshoot aku. Walhal boleh aje aku nak upah mana mana perempuan (of course gadis yang cun melecun la) untuk jadi model tudung ke, model abaya ke, model kebaya ke, dan lain lain. Akan tetapi jiwa aku tak ada ke arah itu walaupun aku yakin boleh buat. Bak kata orang, buat sesuatu mesti lah kena buat kerana minat. Jadi aku fokus lah buat photoshoot RC tanks aku. Jom tengok....







Yang atas ini ialah model King Tiger. Mesti korang fikir besarkan? Hahaha..itu lah hasil camera trick. Sebenarnya RC tank King Tiger ini scale 1:24 sahaja. Lebih kurang besar buku teks Anatomy & Physiology bebudak students Nursing dan Medics yang guna tu lah. Okay yang bawah ni pula ialah scale 1:16 model T-34/85..yang ni lebih kurang besar kotak yang korang guna untuk masukkan berbotol botol air mineral 1.5 Liter tu..kalau pernah beli air mineral guna bundle la.












Erm well, entah kenapa aku rasa model T-34/85 nampak lagi macho ek..Haha..macam ganas dan brutal pun ada. Okay seterusnya pula....









Yang atas ini pula ialah model Challenger 2. RC tank scale 1:16. Cuma yang ini lebih panjang dan besar sedikit daripada model T-34/85. Kalau sesiapa nak beli natang ni pastikan bonet kereta anda besar. Kalau pakai kereta compact tapi bonet kecik susah la nak letak barang lain. Bagi aku yang masih bujang terang tang tang ni takde masalah sangat. Tapi bagi teman teman RC tank lain yang sudah berkeluarga memang 'azab' sikit la. Kekadang sampai terpaksa bertekak dengan pasangan kerana hal ini. Erm hal kecik aje..selesaikan lah dengan baik ye. Lupa nak tambah, 2 buah RC tanks atas tadi ialah yang terkenal masa Perang Dunia Kedua. Manakala Challenger 2 pula ia tank zaman moden yang pasti bukan Merkava IV macam askar askar Israel guna tu. Amerika guna M1A2 Abrams, dan konflik di Syria tu pula banyak guna kereta kebal buatan Rusia era Perang Dingin dan pasca Soviet seperti T-54, T-55, T-72 dan T-90.

Selain daripada bikin photoshoot, aku juga buat pertama kali dalam hidup aku...cuba untuk buat video sendiri dan hasilnya ialah...

Tengok ajer lah dulu..



Lepas itu kan, aku rasa nak buat lagi...jadi terhasil lah lagi 3 buah video berkaitan dengan RC tanks.




Ini adalah hasil idea aku untuk mengisi masa yang terluang. Terpulang lah kepada komentar kalian nak ulas tang mana. Aku terima aje seadanya selagi ia bersifat membina. Kesemua video ini memang wajib untuk aku upload ke YouTube dulu sebelum sharing kat Facebook, Blogger, Wordpress, dan lain lain. Ada video ini aku rekod hujung minggu bebaru dan ada juga yang aku ambil video tahun lepas dan 'decorate' kan ia supaya nampak live lah sikit.

Jika ada bertanya nak buat video ni guna software apa? Mudah aje, guna Windows Live Movie Maker. Segala graphic, sound effects, visual effects, dan lain lain tu sama ada guna yang sedia ada dalam software itu atau boleh aje download daripada sumber lain dan masukkan ke dalam Windows Live Movie Maker. Insya Allah, akan datang aku cuba nak buat video berkisarkan tentang kehidupan manusia, kesedaran sivik tentang penjagaan alam sekitar, isu isu semasa dalam masyarakat di negara kita, dan lain lain lagi yang memberi manfaat.

Mungkin juga ada yang bertanya kenapa suka sangat upload atau share atau apa sahaja tapi berkisarkan hal hal militer. Well, mungkin minat terhadap teknologi militer dan persenjataan tapi tidak lah bermakna aku minat dan serious nak jadi tentera. Being a soldier is different thing. Being what look like obsession (not exactly obsessed) on military technology, gadgets and so on is another issue.

Jadi enjoy the pictures and videos. So have a nice day to all of you guys..Wasalam..

Tiada ulasan: