Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 14 November 2016

Buat video.

Assalamualaikum semua,

Harap kalian semua sentiasa sihat  sejahtera. Sepatutnya bagi entry ini aku bercadang nak buat satu topik berkisarkan kaedah nak buat video klip menggunakan Windows Live Movie Maker tapi bila nak buat step by step tu agak susah sedikit. Jadi tak mengapa lah, untuk hal itu aku akan buat dalam entry yang lain pula ye.

Okay pada korang yang lain yang dah biasa buat video sama ada suka suka atau sebab kerja untuk presentation guna WLMM mungkin tajuk ini biasa biasa je kan. Sebab dah tahu. Tapi untuk aku, ini first time gunakan WLMM ni untuk buat video sendiri. Berbanding sebelum ni, aku rekod guna SJcam lepas tu terus upload ke YouTube. Jika dalam video itu ada bunyi, pergerakan dan sebagainya..timbul lah rasa seronok. Lagi best kalau rakaman video tu berkait rapat dengan memori yang indah. Tapi jika rakaman itu sekadar rakaman video sahaja tanpa ada apa apa elemen music, bunyi, soundtrack, pergerakan dan lain lain sudah tentu ia menjadi satu rakaman yang membosankan. Selain itu, nak menjadikan koleksi gambar gambar dapat dipersembah / presented dalam satu graphic video yang mana kita boleh masukkan pelbagai macam muzik, audio self recording dan lain lain supaya koleksi itu menjadi lebih menarik. Maka perisian WLMM ini lah yang terbaik bagi pemilik komputer yang menggunakan OS Windows. Sekarang ni rasanya sudah ada pelbagai macam perisian yang berfungsi sama seperti WLMM kan? Ye lah, sebab masing masing semua ada gajet seperti smartphone, android, tablet, iphone dan lain lain lagi.

Malas nak taip dan sembang banyak. Untuk entry ini, sekadar paste video yang aku buat dan tonton aje lah ye. Nak komen silakan...sebaik baik komen ialah komen yang membina bukan yang menghina. As all of you Malaysian people know right?







Cara nak buat video ni, secara ringkas macam ni je la..ada 2 jenis ye...

Pertama, buat video dengan uploading dan combine semua gambar. Klik WLMM, lepas tu nampak icon 'Add pictures or video' klik kat situ. Select mana mana gambar berkenan di hati. Lepas select, WLMM akan automatically masukkan semua gambar ke dalam trailer atau story line dia. Lepas tu, pandai pandai la nak tambah elemen muzik ke, suara korang sendiri ke, ataupun elemen animation lain samada yang WLMM dah sediakan atau korang yang masukkan sendiri.

Kedua pula, buat video dengan cara uploading video yang korang ada rekod. Sama ada menggunakan SJcamera, kamera video, handycam, atau the most common nowadays your android or iphone lah. Sama seperti step pertama tadi cuma bezanya ialah jika korang nak buat cutscenes. Korang kena pergi ke video editing dan buat split video. Itu lah part yang agak mencabar. Bagi orang yang dah biasa buat benda ni takde masalah kan? In fact, dah ada macam macam software yang boleh buat macam tu selain WLMM ni.

Cuma jika nak select muzik atau original soundtrack yang download tu pastikan kena dapat permission daripada company atau pemilik asal lagu atau muzik tu. Kalau tidak, jadi la macam ni....


Video bisu sebab pihak pengurusan video YouTube telah mute kan lagu dalam video ni. Ikutkan lagu yang aku upload dan masukkan ke dalam video aku ini ialah lagu 'Hotel California' kumpulan Eagles yang popular sekitar dekad 70-80 an dulu. Lagu ni punya popularity sampai la ni pun orang duk menyanyi lagi. Mana tidaknya, kumpulan pemuzik jalanan tempatan di Malaysia ni kalau nyanyi lagu penyanyi Amerika, ramai yang pilih lagu 'Hotel California'. Kumpulan Caliph Busker pun ada buat performance guna lagu tu.


Okay lah, setakat ini sahaja perkongsian entry aku untuk kali ni. Ada kerja lain kena buat..Wasalam

Tiada ulasan: