Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 2 Ogos 2015

Hari Raya 2015 (part 4)

Assalamualaikum semua,

Ikutkan aku sebenarnya malas nak buat entry pasal sambutan hari raya aidilfitri. Namun disebabkan rupa rupanya masih ada balik kampung dan kali ini ke Muar pada hujung minggu kedua di bulan Syawal ini. Maka aku ambil keputusan untuk taaip lah jugak entry ini. Jika ada yang terlepas entry sebelum ini pasal Hari Raya Aidilfitri boleh lah korang click di sini.


Okay lah ermm nak mula kat mana yer..

Pada tarikh 24 Julai 2015 iaitu tak silap aku hari Jumaat, aku dan kedua ibu bapa aku memulakan perjalanan balik ke Muar. Namun sebab adik bongsu aku pun nak turut sekali dan tambahan pula dia pun telah lulus permohonan cuti raya tambahan selama satu minggu maka kami pun singgah bermalam satu malam di Kuantan. Sebaik aku sampai di sana, dengan segera aku berjumpa dengan adik aku untuk mendapatkan kunci kereta Viva Elite sebab nak selesaikan beberapa hal aku sendiri.

Pada pagi 25 Julai 2015, aku bangun lebih awal (sebelum subuh) bukan lah nak berqiamullail pun tapi malam tu memang aku tak boleh nak tidur. Entah lah, aku pun tak tahu kenapa. Untuk pengetahuan korang, aku ni ada masalah gangguan tidur (insomnia) tapi tak dapat tidur pun takde lah sampai tak tidur langsung. Aku cuma dapat tidur kurang 2-3 jam. Doktor kata itu normal bagi diri aku namun berlainan pula bila berjumpa dengan specialist. Entah lah...okay let's get back to the point.

Kami memulakan perjalanan ke Muar pada jam 10 pagi. Bila saja aku hit the cushion, boleh pulak aku terlelap. Sedar sedar je abah aku berhenti rehat untuk bersarapan di Hentian Gambang. So aku pun apa lagi santap jer lah walaupun mata masih lagi mengantuk. So menu breakfast aku macam biasa ialah nasi berlauk dan segelas air suam. It is similar to what I always have for lunch. Actually, ini pun sebenarnya bagus untuk kesihatan kita. Mungkin korang rasa pelik akan tetapi ini lah kaedah pemakanan yang terbaik sebenarnya. Aku sarankan korang cuba praktikkan breakfast dengan makanan yang cukup gizi seimbang dan nutrien. Sebagai contoh, nasi (elemen karbohidrat), putih telur (protein), ikan (protein), sayur ulam ulam (sumber vitamin dan mineral)..kalau susah nak cari ulam ulaman untuk breakfast korang boleh banyakkan timun sebab timun biasanya mudah dijumpai waktu breakfast jika ambil nasi lemak, ayam (sumber protein dan lemak) tetapi jangan makan kulitnya sebab dalam kulit itu terdapat elemen lemak jahat. Hahaha...dah macam pakar pemakanan pulak aku ni kan. Bukan apa, jika korang amalkan pemakanan sebegini, Insya Allah korang takkan rasa lapar hingga tengahari dan petang. Time lunch hour pulak, korang gantikan apa yang biasa korang makan waktu lunch hour tu dengan 1-2 keping roti disapu dengan jem buah buahan dan mentega kacang (peanut butter) dan jus buah buahan segar bukan yang cordial juice tu. Tak pun korang just ambil sup sahaja. Baru lah time kerja selepas lunch hour takde lah mengantuk sangat. Paling penting banyakkan minum air mineral atau air kosong dan kurangkan atau kalau boleh eliminate terus minuman bergula. Gantikan minuman atau makanan bergula dengan buah buahan kerana kebanyakkan local fruits di Malaysia ini memang kaya dengan gula semula jadi. Waktu malam pula,boleh makan roti,biskut atau sup. Paling penting jangan lupa senaman yang kerap 30 minit 5 kali seminggu tetapi yang terbaik setiap hari lah. Jangan lupa berpuasa lah paling kurang pun 3 kali setiap bulan (selain bulan puasa Ramadhan lah). Banyak manfaat korang dapat, Insya Allah.

Amboi sudah lebih komen pasal food intake tadi hahaha..sekarang balik semula ke jalan cerita tadi. Selesai bersarapan, kami kembali menyambung perjalanan. Macam biasa lah bila masuk dalam kereta, abah aku pun turn on air-cond. Aku pun terlentok kat seat belakang maka tertidur lah jawabnya. Sedar sedar je, kami sudah sampai di bandar Segamat.
copy paste gambar orang lain ni.hehe..


Durian dan daerah Segamat berpisah tiada.
Kami singgah sebentar di sebuah pasar raya berdekatan dengan jalan Segamat -  Muadzam Shah menghala ke arah simpang yang menghala ke Buluh Kasap dan Gemas untuk membeli sedikit buah tangan untuk diberikan kepada saudara mara kami. Al maklum lah memandangkan masih lagi dalam mood raya dan lama pula tak balik ke Segamat dan Muar. Kali terakhir kami pulang ke Muar ialah pada Januari 2015 iaitu ketika arwah atok (sebelah mama aku) meninggal dunia.

Lokasi persinggahan pertama kami di Segamat ialah rumah atok saudara (bapa saudara mama aku) di Bt. Anam. Kali pertama aku menjejakkan kaki di sini ialah pada tahun 2005 lalu dan kali kedua pula tak silap masa hari raya sekitar tahun 2008 dan seterusnya majlis pernikahan anak perempuan beliau pada tahun 2012. Jadi ini kira sudah kali ke-4 aku datang ke sini. Best jugak surrounding di sini sebab dikelilingi oleh estet getah dan kelapa sawit serta hutan di belakang rumah beliau. Satu lagi rumah dia terletak di kawasan berbukit jadi angin bertiup tu perghhh Masya Allah memang mendamaikan. Free air conditioner tu beb. Kami disambut oleh menantu perempuan sulung beliau kerana tuan punya rumah ada hal sedikit. Selain itu, ada juga anak perempuan beliau yang sedang berehat berpantang selepas melahirkan anak kedua. Abah aku pula ambil kesempatan explore sekeliling rumah atok saudara aku ni. Mana tak nye lebat giler buah buah rambutan yang ditanam di sekeliling rumah ni. Tak silap aku ada 3-4 pohon pokok rambutan dan semuanya berbuah lebat. Mungkin ini musim buah kot.
lebat dan semua masak masak belaka buah rambutan.



Aku, mama dan adik aku pulak lebih selesa berada di dalam rumah di ruang tamu. Walaupun cuaca panas tapi dek kerana angin yang senantiasa bertiup sepoi sepoi bahasa maka takde lah rasa panas sangat. Aku pulak nyaris nyaris nak landing sekali lagi. Hahaha...
Kucing tuan rumah..nampak manja tapi rakus kalau ada yang makan depan dia. Hahaha...

budak kecik ni pulak anak kepada anak perempuan tuan rumah. Nama dia adam. Ramainyer nama adam. Haha...Tak silap berusia 2-3 tahun macam tu lah. Mula mula nampak takut dan segan tapi lama kelamaan boleh get along dengan adik bongsu aku, aku, dan mama abah aku.


Okay lah di rumah ni, kami dijamu oleh tuan rumah bihun goreng. Selain itu juadah hari raya seperti kerepek, biskut dan kuih muih raya pun turut dihidang. Selepas menunaikan solat fardhu Zuhur (memandangkan kami masih dalam kategori musafir maka kami buat jamak qasar taqdim), kami pun bergerak ke rumah sebelah yang merupakan sepupu kepada mama aku. Juga anak kepada tuan rumah ini juga lah.

Di rumah ini pula kami disambut oleh kelibat bulus bulus yang dibela oleh tuan punya rumah ini..comel comel belaka.




Persekitaran rumah sini memang best pada aku lah...




Dikelilingi oleh pokok pokok getah yang merimbun bahkan siap ada cup tadah susu getah yang telah ditoreh untuk dikutip bila sampai waktu kutip susu getah. Menurut sepupu mama aku, semua pokok getah keliling rumah ni memang milik ayah dia. Namun memandangkan ayah dia pun sudah lanjut usia dan tidak segagah seperti zaman muda. Maka segala kerja penorehan dan kutipan susu getah dibuat dengan mengupah pekerja penoreh getah lain. Sambil dengar mereka bersembang dan memasak, aku pun apa lagi lentok atas karpet sambil tengok tv la. Hahaha...


Selesai beraya di Bt Anam ni, kami bertolak ke Muar. Lokasi seterusnya dan sepatutnya ialah Kampung Parit Haji Yusof namun dek kerana aku berdegil nak ikut laluan Muar - Parit Sulung - Yong Peng melalui Bakri maka kesempatan diambil untuk singgah seorang lagi saudara aku iaitu nenek saudara aku yang merupakan auntie kepada mama aku lah. Lokasi terletak di Jalan Ayer Hitam Batu...entah lah aku pun tak pasti batu apa tetapi memang di tepi laluan ke Parit Sulung lah. Di sini lagi lebat buah buah rambutan bahkan buah pulasan pun sama lebat serta masih ada saki baki buah durian yang masih belum gugur.

Pokok yang tinggi menjulang itu lah pokok durian.

Ini lah rumah nenek saudara sebelah mama aku.


Merah menyala buah buah rambutan ni.

Ini lah buah pulasan. Aku tak tahu apa rasanya sebab aku sendiri pun tak berapa nak makan.



Persamaan mama aku dan nenek saudara aku ialah hobi mereka terhadap tanaman pokok pokok buah buahan dan bunga bungaan. Sebenarnya banyak gambar bunga bungaan yang aku capture tetapi letih wehh nak edit sebab banyak sangat. Lawatan kami di sini singkat sahaja tidak sampai setengah jam pun. Lagipun niat asal ialah nak singgah beraya di rumah atok saudara di Parit Haji Yusof. Kami meneruskan perjalanan hingga lah sampai di destinasi tepat dengan waktu masuk Maghrib di daerah Muar ini.

Bersembang borak pelbagai macam cerita banyak memberikan aku ilham dan inspirasi serta semangat dalam mengharungi ujian dan liku liku cabaran hidup ini. Maklumlah orang berpengalaman dan banyak juga merantau ke negara Timur Tengah. Apa yang disampaikan oleh atok saudara aku ni memang aku pakai kata kata nasihat beliau. Sambil berborak dan berkongsi cerita lama serta isu terkini, isteri dia menyediakan juadah soto. Namun nasi himpit diganti dengan roti. Hahaha..maklum lah takde masa nak buat. Maka kami pun makan jer lah apa yang dihidang tapi kuah sup soto memang superb beb. Selain juadah soto ada juga kuih muih raya dan kerepek. Orang lain yang datang bertandang pun ada juga walaupun malam sudah menjelma.


Rare kan...biasa korang makan soto sekali dengan nasi himpit tapi kali ni ganti dengan roti tapi best aper..sedap jugak tau. Beri aku idea untuk hidang roti dengan kuah kacang dan sayur lodeh. Hahaha...

Selesai beraya di rumah atok saudara di sini, kami bergerak menuju ke rumah pusaka arwah atok dan nenek aku. Lupa nak beritahu kat korang. Aku panggil mereka berdua (masa mereka masih ada lagi lah) dengan panggilan jaie dan nyaie. Kebiasaan panggilan ini untuk orang Jawa eh memang pun mama aku kan orang Jawa. Kat rumah ni pun yang ada cuma lah pakcik dan makcik aku je. So layan lah apa yang ada. Malam tu tak banyak aktiviti pun sekadar mandi untuk segarkan diri, makan sikit, tengok TV, borak lebih kurang dan tidur.

Pagi esoknya pula bangun pagi perform solat Subuh dan baca sedikit ayat ayat suci Al Quran. Oh lupa sebenarnya hari ini aku nak balik semula ke Kuantan kerana cuti aku sudah pun habis. Berbanding dengan mama abah dan adik bongsu aku diorang nak stay kat sini selama seminggu lagi. So best lah diorang ek huhuhu.... Jadi pagi itu aku cuma habiskan masa selepas bersarapan mee goreng ala jawa,roti, milo dan sedikit kuih muih dengan menangkap gambor aje.. So lihat lah kerja kerja dan hasil karya aku yang entah apa apa ni hahahaha...

Hasil mahsul kutipan dan timbunan buah kelapa sawit. Ni mesti kerja pakcik aku. Rajin orangnya.



Ini lah rumah pusaka peninggalan arwah jaie dan nyaie aku. Erm pelbagai macam kenangan yang menggamit memori. Ye lah di sini lah aku menghabiskan cuti panjang time cuti sekolah masa zaman kanak kanak aku.

Ini pula rumah makcik aku. Dia lah yang banyak berjasa semasa menjaga arwah jaie yang terlantar sakit. Bahkan di rumah ini juga lah arwah jaie aku menghembuskan nafas beliau yang terakhir.

Ini pula ladang orang lain. 25 tahun lalu seingat aku ia cuma hutan belantara sahaja. Kemudian dibersihkan buat penanaman ladang tebu dan sekarang ni nampak macam kebun sayur atau pisang je..entah lah.

No comment please.



Oittt kambing apa yang ko hendap tu??

Special thing..ini dipanggil gerabak oleh orang kampung. Gerabak ini direka sebagai alternatif kepada lori yang mahal kosnya untuk dibeli. Tujuan direka ialah untuk mengangkut hasil kutipan kelapa sawit dari ladang ke pusat pengumpulan sebelum diangkut oleh lori lori kelapa sawit ke kilang kilang kelapa sawit yang berdekatan. Benda ni memang sudah ada sejak aku kecil lagi. Ketika aku berusia 10 tahun sepupu aku yang sebaya dengan aku pun sudah pandai memandu gerabak ini. Cara memandu gerabak ini sama seperti memandu go-kart cuma takde lah laju macam go kart. Anggaran purata laju sekitar 20-30 km/j sahaja jika loaded dan 30-60 km/j jika unloaded.

Macam macam haiwan belaan arwah jaie dan nyaie serta pakcik dan makcik aku ni. Itik, angsa,kambing, ayam, kucing dan macam lagi lah. Kecuali lembu. Hahaha..



Pada jam 2 pm selesai menjamah hidangan tengahari di rumah makcik aku. Aku pun bergerak menuju ke stesen bas bandar Maharani di Muar. Aku balik ke Kuantan naik bas kali ni. Pilihan bas yang aku nak naik ialah bas ekspress Cepat. Memang cepat giler. Hahaha....sebelum naik bas sempat lah jugak aku merakamkan beberapa keping gambar sekitar stesen bas.
Di lokasi parking kereta ini masuk waktu malam akan berubah menjadi medan selera. Nak santap makanan popular di Muar seperti mee bandung Muar, asam pedas Parit Jawa, Soto dan macam macam lagi datang lah ke sini. Harga pun berpatutan.

Saje aku black and white kan pic ni. Konon nak beri ala ala memori lama lah. Hahaha..

Sungai Muar.

Bangunan seberang sana ialah Giant Hypermarket Muar.

Pemandangan Sungai Muar di Jambatan Kedua Muar dari dalam bas Cepat Ekspress. Memang besar dan panjang juga Sungai Muar ini. Jika korang guna Google Maps, korang trace betul betul dan dapati ia akan berakhir  dalam negeri Sembilan dekat dengan sempadan Pahang dan tidak jauh dari Sungai Bera yang membawa kepada Sungai Pahang. Sebab itu lah Sungai Muar ini terkenal dengan kisah jalan penarikan di zaman Kesultanan Melayu Melaka 500-600 tahun lampau.

Menarik scene sini sebab depan stesen bas bandar Maharani ni memang jem lah tapi yang cun nyer bila tengok scene di belakang. Ada sungai besar dan ini lah Sungai Muar. Ia merupakan sungai yang banyak menyaksikan peristiwa bersejarah. Malah kisah kemahsyuran empayar Kesultanan Melayu Melaka dan juga penubuhan negeri Melaka tidak lengkap tanpa kisah Sungai Muar ini. Kisah bala tentera Portugis memburu saki baki tentera Melaka juga turut berlaku di sini. Di sungai ini juga lah merupakan tempat transit bagi para pedagang dan pelayar yang mahu belayar ke sebelah pantai Timur Semenanjung kerana sungai ini lah yang membawa kepada kisah Jalan Penarikan. Nak tahu apa itu Jalan Penarikan? Nantikan dalam entry yang seterusnya.

Di stesen bas ini tidak terhad kepada fungsi stesen bas sahaja. Di sebelah stesen bas ini dekat dengan pusat membeli belah Astaka ialah stesen teksi. Jadi jika korang datang nak melancong ke Muar ini especially kepada golongan backpackers boleh lah dapatkan khidmat teksi. Selain itu, terdapat juga banyak kedai kedai makan di sini dengan harga berpatutan. Menu special seperti Soto, Laksa Johor, Mee Bandung Muar, Satay Muar, dan ada satu tempat pula Cendol Muar juga terdapat di sini. Masjid Sultan Ibrahim yang terletak di Tanjung Agas pun tidak jauh dari sini. Namun jangan risau ada juga disediakan surau dekat dengan stesen bas sini. Kemudahan penginapan hotel bajet juga banyak di bandar Maharani Muar ini. Pendek kata semua ada lah tinggal nak atau tak nak je datang ke sini.

Okay lah tepat jam 5 petang aku pun naik bas dan bertolak ke Kuantan sebab kojer lerrr...hahaha..walaupun takde mood keje tapi kerana amanah dan janji kenalah tunaikan. Bunyi macam tak ikhlas ek...tapi yer lah salah satu cara nak kita ikhlaskan diri buat kerja ialah memaksa diri walaupun rasa berat je. Hahaha... then Alhamdulillah aku sampai di Kuantan tepat jam 9.30 malam. Okay lah rasanya itu sahaja catitan aku dalam entry ini. Memang ringkas pun sebab takde banyak perkara aku buat sepanjang berada di sini dan cuti di sini pun sekejap sahaja. Okay lah guys see you. Wasalam.

Tiada ulasan: