Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 8 Ogos 2015

HD Wifi camera action / SJ4000.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah tatkala aku nak menaip entry blog ini, aku baru sahaja menyambut hari jadi yang ke-....hahaha tak perlu kot beritahu yang pasti aku celebrate sorang diri je. Huhuhu...

Makan nasi ayam,fries dan milo ais di Marry Brown Mydin Mall Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.

Okay lah untuk entry pada kali ini, aku nak share pasal satu gadget yang baru aku beli lebih kurang 2 minggu lepas. Gadget itu ialah...

SJ4000 Wifi camera action.

Yeah this is it. SJ4000 Wifi camera action. Model yang aku beli warna biru. Sama seperti yang ada dalam gambar di atas ini. Boleh kata bukan kamera ini sahaja yang aku dapat tetapi termasuk juga sekali dengan pelbagai jenis aksesori.

Ada pelbagai jenis camera mounts yang mana boleh dilekatkan pada dashboard kereta,cermin kereta,cermin sisi motor, helmet dan kevlar. Selain itu turut dibekalkan juga ialah bateri kamera, bolt and nuts, casing kamera, cover casing, battery charger, dan USB charger serta mini wipe towel dan juga TV/AV cable.

Harga averagely sekitar RM 400- 600 bergantung kepada model sebab SJ camera action ini punyai banyak model. Yang aku beli ni model SJ4000. Okay lah. Nak better ambil lah SJ5000. Lagipun aku beli ini daripada seorang student UIAM Kuantan yang buat bisnes sampingan. Nak harga affordable aku sarankan contact lah dia melalui akaun Facebook beliau. Ini link dia.


Jangan risau semua, he is the trusted dealer dan dia tinggal di rumah family dia tidak jauh dari UIAM Kuantan.

Okay lah apa yang menarik hati aku sangat sampai nak beli benda alah ni ye??

Well ini semua gara gara golongan generasi alpha dan netizen yang suka upload gambar dan video menggunakan kamera GoPro. Sebagaimana semua maklum harga sebuah kamera Go Pro mencecah hingga angka ribuan ringgit yang mana sudah tentu aku tidak mampu memilikinya. Sebagai contoh harga sebuah kamera Go Pro di bandar Kuantan dan juga Kuala Terengganu sahaja berjumlah RM 2000 lebih. Bahkan di Kuala Lumpur sekalipun paling murah dan affordable sebuah kamera Go Pro sahaja menjangkau RM800-900 lebih. Jadi memang tak mampu lah aku. Namun kerana Go Pro kini mempunyai pesaing utama iaitu SJ yang mengeluarkan model, features serta function yang sebenarnya hampir sama seperti kamera Go Pro tetapi dengan harga mampu milik dan lebih murah maka itu lah yang menjadi pilihan aku. Dalam erti kata lain faktor harga sebenarnya yang memainkan peranan kenapa aku nak memiliki kamera video sebegini.

Lain lain features dan function ialah:-

  • NTK96655 + AR0330 solution
  • Wi-Fi Function, the user can operation or review via Android or for iOS Device
  • Mini appearance, diversified colors available
  • A water-resistant casing that allows you to film fascinating water sports
  • Multiple photo shooting modes: Single shot, Snapper
  • Multiple video recording formats: 1080P 720P WVGA
  • Water-resistant up to 30 meters under water
  • High definition screen that displays and replays fascinating videos recorded
  • Support HDMI HD output function
  • Support web camera function
  • Detachable battery that is easy to replace and prolongs your cameras service life
  • Support storage cards up to 32GB maximum(Micro SD Card Class6 Above,Not included in package)

  • Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh click website kat bawah ni ye

    Siap ada panduan macam mana nak guna SJ4000 Wifi camera tu. So just follow sahaja lah ye.

    Apa yang lebih menarik perhatian aku lagi ialah tentang kemampuan kamera video ini untuk merakam secara real-time imaging daripada SJ4000 terus kepada smartphone android, iphone, ipad, dan juga tablet dengan syarat anda hendaklah terlebih dahulu memuat turun (download) satu aplikasi khas yang dinamakan Finalcam.

    Simbol finalcam apps.

    Cara nak download mudah sahaja. Anda boleh download menerusi Google Playstore bagi pengguna Android dan iTunes bagi pengguna iphone.

    Paparan muat turun / download finalcam bagi pengguna aplikasi android.

    Paparan muat turun / download finalcam bagi pengguna iphone.
    Apa yang anda perlu buat ialah menurut arahan muat turun yang diberikan. Insya Allah jika tiada masalah kurang daripada 2-3 minit aplikasi finalcam tersebut berada di dalam smartphone atau tablet anda. Selepas selesai memuat turun aplikasi finalcam, bagaimana pula hendak memastikan bahawa smartphone atau tablet kita synchronize dan compatible dengan SJ4000 wifi camera? Ini pun mudah sahaja..

    • Hidupkan SJ4000 Wifi camera anda dengan menekan Power button. Di mana power button? Ala betul betul kat depan kamera sebelah lens. Ada simbol power button di situ. Tak tahu jugak?? Ni lah gambarnya. Yang ada tertera mode.
    SJCAM SJ4000 WiFi 1080P Full HD Action Camera Sport DVR

    • Selepas turn on power button, lihat pula pada kanan butang atas kamera tersebut ada simbol Wifi.  Tekan pada butang Wifi.
    • Lihat pula pada skrin kamera sama ada simbol Wifi keluar atau tidak.
    • Pada masa yang sama pastikan anda juga turut turn on android atau iphone atau tablet anda dan pastikan juga gajet anda juga turut turn on Wifi. Kedua dua gajet ini mesti turn on wifi serentak. Kalau salah satu lambat maka lambat lah nak detect.
    • Untuk synchronize kan SJ4000 kepada android,iphone,tablet atau smartphone buka aplikasi finalcam.
    • Kemudian akan tertera password request. Untuk SJ4000 ni korang jangan risau sebab password general ialah 1234. Itu sahaja. Namun password ini juga boleh diubah bagi tujuan keselamatan dan peribadi.
    • Lepas itu secara automatiknya kedua dua gajet ini akan synchronize each other. Kemudian anda boleh menggunakan gajet ini untuk tujuam recording atau capture pictures.
    Bagi rakaman video yang cantik dan superb anda disarankan untuk formatkan video recording pada bahagian resolution > 720P 1280 x 720 60fps. Manakala untuk real-time video recording pula boleh set kan resolution > 1080P FHD 1920 x 1080. Bagi resolusi tersebut gambar dan video memang cantik dan superb. Bentuk lens pula sebenarnya ada fish eye jadi ia lebih sangat sesuai untuk aerial video recording kerana boleh cover Field Of View (FOV) yang lebih besar. Walaubagaimana pun ia juga sesuai untuk rakaman video biasa dan snap picture. Memori kad pula disarankan untuk pakai memori kad bersaiz 16 GHz ke atas tetapi terbaik ialah 32 GHz. Bukan memori kad laptop korang tu tetapi micro SD memory card. Ini rupanya.
    Micro SD memory card.
    Ada pelbagai macam jenama, so terpulang lah untuk pilih yang mana berpatutan tetapi paling penting ialah original. Sebab banyak juga micro SD memory card yang jenis cap ayam bahkan bila pasang kat android atau kamera SJ4000 tetiba je rosak kad memori tu. Aku dah 2 kali terkena...melayang duit aku. Nak claim tak boleh sebab beli kat pasar malam. Kalau kat kedai boleh lah claim sebab ada resit kan? Hehehe..

    Berikut aku nak share video dan gambar yang rekod guna SJ4000 ini lah.



    Nampak macam melengkung tu sebab lens fish eye. Ni capture pic guna resolution full HD tau. Huhu..patut download gambar tadi lambat je. Berikut ialah rakaman video testing SJ4000 ni.



    Both video and audio are superb to me. No doubt about that. I am so sure my choice is right. No need to feel inferior to those who possessing Go Pro. Haha...

    Berikut ialah rakaman daripada Youtube pasal macam mana nak connect apps finalcam dengan smartphone. Walaupun dalam video ini dia tidak gunakan apps finalcam tetapi fungsi apps tersebut sama seperti finalcam dan cara nak download dan synchronize dan install pun sama sahaja. Yang ni bukan aku buat tetapi orang lain lah namun apa yang aku buat sama saja macam dalam video ini.


    Sebelum aku nak akhiri entry ini, nasihat aku kepada para pengguna gajet terutama yang guna Go Pro dan SJ camera hendaklah guna gajet ini dengan berhemah. Jangan lah pula guna gajet ini untuk menghendap atau skodeng orang lain.

    Okay lah aku rasa sampai setakat ini sahaja coretan aku dalam entry ini. Insya Allah di masa lain aku akan buka entry pasal topik lain pula. Sekian Terima kasih.

    Tiada ulasan: