Assalamualaikum sekalian.
Salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini.
Kali ini aku ingin mengupas serba sedikit tentang isu yang hangat diperkatakan di daerah Kuantan ini iaitu isu Bauksit.
Mula mula sekali kita kena tahu apa itu Bauksit?
Kebanyakkan gambar yang aku ambil tanpa caption merupakan copy dan paste daripada beberapa blog tempatan dan juga laman web berita tempatan. Namun apa yang anda lihat memang ini lah masalah yang melanda kami di sini setiap hari.
Entah lah, aku pun tak tahu nak describe apa lagi. Kecewa tu tetap ada. Bayangkan lah nyawa menjadi taruhan. Kenderaan pula boleh kata setiap hari kotor terutama apabila musim hujan dan musim kering. Kesihatan sudah tertentu terganggu khususnya bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan respiratori (sistem saluran pernafasan). Jalan pula kerap rosak. Namun yang dibalas ialah Kerajaan negeri Pahang tidak akan menutup industri ini kerana industri ini penting bagi kerajaan negeri. Mana tidaknya pulangan kasar sahaja mencecah angka RM 37 juta. Namun...
Memang malang sekali, ini lah punca berlaku kepada kesan akibat industri perlombongan dan pengambilan tanah untuk bauksit. Mereka ini (sesetengah peneroka Felda Bukit Goh dan pemilik tanah di Bukit Goh) boleh dikatakan gila harta dan buta mata hati. Hanya kerana duit yang tidak seberapa nilainya maka dijual tanah untuk kepentingan jangka pendek. Walhal tanah tersebut sepatutnya tidak perlu dijual kepada mana mana pihak. Cukup dengan mengusahakan tanah yang mana dapat memberi hasil bukan kepada diri sendiri namun menjangkau hingga ke peringkat anak cucu dan cicit serta generasi seterusnya. Namun sayang seribu kali sayang, mentaliti orang melayu (bukan nak naik kan isu sentimen perkauman) ialah ada apa jua aset mesti kena jual. Sikit sikit jual. Walaupun kini kesedaran kepentingan memiliki aset khususnya tanah dan hartanah kian meningkat namun mentaliti tersebut masih sukar untuk dikikiskan jauh jauh daripada masyarakat umum orang Melayu. Sudah lupa kah kita akan pesan orang tua tua Melayu iaitu "Berbudi kepada tanah pasti akan ada hasilnya". Namun dek kerana sikap rakus dan tamak haloba juga lah yang menyebabkan tanah tanah orang Melayu digadai dan dijual oleh orang Melayu semata mata kerana ringgit dan sen yang tidak kekal lama.
Salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini.
Kali ini aku ingin mengupas serba sedikit tentang isu yang hangat diperkatakan di daerah Kuantan ini iaitu isu Bauksit.
Mula mula sekali kita kena tahu apa itu Bauksit?
Secara ringkas, bauksit ialah satu elemen mineral yang terdapat dalam tanah dan batuan di lapisan kerak Bumi. Nama kimia bagi elemen bauksit ini ialah Aluminium Oksida terhidrat atau Al203.H20. Namun begitu, bauksit tidak hanya wujud sebagai satu elemen tunggal. Ia kebiasaan akan ditemui dalam bentuk tanah bersama sama dengan elemen lain seperti
- Kuartza (Silicon Oxide : Silikon Oksida ; SiO2).
- Besi (Ferum (II) Oxide ; Besi Oksida ; Fe2O3).
- Titania (Titanium (IV) Oxide : Titanium Dioksida ; TiO2).
- Molekul air (H2O).
- Tanah liat.
Bauksit terbentuk hasil kesan pemendapan dan pemampatan batu batuan yang memakan masa tempoh lama (mungkin berjuta tahun).Dicampur dengan elemen dehidrasi (pengeringan) oleh suhu panas. Kebiasaannya mineral bauksit mudah ditemui di kawasan tanah berbanding minyak dan gas serta sesetengah bijih besi dan bijih timah tertentu yang memerlukan penggalian tanah yang sangat dalam.
Bauksit ini kebanyakkan digunakan dalam industri penghasilan seramik, penghasilan jentera mesin dan kenderaan terutama badan kapal terbang, industri pembungkusan khususnya pembungkusan makanan dalam tin, serta pembinaan bangunan seperti struktur bumbung dan atap. Dikatakan bauksit ini mampu bertahan pada suhu rintangan dan pembakaran yang sangat tinggi. Selain itu ia juga digunakan dalam bahan kimia untuk menyahkan kotoran berupa minyak, gas nitrogen dan sulfur.
Di Malaysia pula sejarah industri bijih aluminium atau bauksit ini bermula di Teluk Ramunia, Penggerang di Johor sekitar tahun 1955. Sekarang industri bauksit Teluk Ramunia sudah menjadi sejarah dan kini hanya industri pengambilan pasir silika untuk kegunaan industri tempatan dan juga eksport ke Singapura. Selain itu terdapat juga industri keluli dan beberapa industri berkaitan petroleum dan gas di sana.
Sekarang kita pergi pula kepada industri bauksit di daerah Kuantan di Pahang.
Walaupun aku bukan lah anak jati daerah Kuantan hatta Pahang sekalipun. Namun selaku seorang pekerja di daerah ini, aku turut terkesan akan masalah yang melanda di sini akibat industri bijih aluminium atau bauksit ini. Mungkin kata kata tidak dapat menggambarkan apa apa jua perasaan namun mungkin dengan melihat gambar gambar ini dapat menceritakan segala gala yang berlaku di sini.
Ini yang aku ambil pagi tadi jam 9 pagi pada tarikh 12 Ogos 2015. |
Berikut aku tunjukkan map yang menjadi laluan lori lori yang membawa tanah yang didakwa ada elemen bauksit dan kawasan operasi mereka.
Map satellite menunjukkan peta laluan lori lori ke Pelabuhan Kuantan dari kawasan operasi mereka di Felda Bukit Goh dan juga kawasan Rancangan Tanah Kemajuan di Bukit Goh. |
Ini lakaran kawasan operasi industri Bauksit dekat dengan Felda Bukit Goh. |
Ini lakaran map operasi industri bauksit di kawasan tanah kemajuan Bukit Goh. |
Untuk pengetahuan semua, jika anda menggunakan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (Karak - Jabor) apabila anda melepasi dari exit Plaza Tol Kuantan menghala ke Jabor dan ke Terengganu dan sebaliknya. Cuba anda perhatikan di kawasan kiri dan kanan anda terdapat terlalu banyak kawasan estet kelapa sawit yang asalnya milik peneroka Felda Bukit Goh yang sudah digondolkan untuk tujuan pengambilan tanah bagi industri bauksit. Ini berdasarkan apa yang aku lihat dan aku percaya masih banyak lagi kawasan yang telah pun digondolkan untuk tujuan ini.
Akibat dan kesan industri ini ialah...
Ya benar, kemalangan jalanraya akibat tindakan rakus para pemandu lori yang seolah olah dahagakan duit hingga lupa nyawa pengguna jalanraya yang lain khususnya di sekitar kawasan Bukit Goh dan Bypass Kuantan. Sebenarnya sudah ada pun korban kemalangan akibat sikap rakus dan tergesa gesa para pemandu lori industri bauksit ini yang ingin mengaut upah yang banyak. Mana tidaknya, setiap upah bergantung kepada trip dan setiap trip pula bergantung kepada berapa tan muatan dibawa. Lagi banyak trip dapat dibawa ke Pelabuhan Kuantan sudah tentu makin banyak dapat wang.
Terbaru pula hari ini di laluan Bypass Kuantan menghala ke Gebeng.
Harini kemalangan dekat dengan Caltex Gebeng. Dipetik daripada sumber pengguna Facebook. |
- Adakah semua ini berbaloi?
- Apakah faedah industri bauksit kepada para penduduk Kuantan semua dan segenap aspek?
- Berapa ramai lagi nyawa penduduk Kuantan dan pengguna Bypass Kuantan harus menjadi taruhan?
- Dengan jumlah royalti yang diperolehi kerajaan negeri Pahang, apakah yang mampu diberi kepada para penduduk Kuantan dan jenis pembangunan apakah yang mahu dibangunkan di daerah Kuantan dan negeri Pahang ini?
- Tidak cukupkah lagi dengan kenaikan kompaun sama Majlis Perbandaran Kuantan, sewa premis perniagaan, cukai tanah, royalti industri minyak dan gas, cukai pembalakan,cukai pintu rumah belum campur lagi dengan caj GST 6%? Adakah itu semua masih lagi tidak memadai?
Namun paling dikesalkan ialah...
Dipetik daripada page Facebook Kuantan. |
Petikan keratan muka depan surat khabar Sinar Harian edisi Pahang. |
Sebagai tanda cakna akan isu ini maka aku menyeru kepada seluruh penduduk negara Malaysia dan Pahang amnya serta Kuantan khususnya untuk bangkit menyuarakan rasa bantahan dan ketidakpuasan hati melalui satu program yang bakal diadakan pada hari Sabtu ini 22 Ogos 2015 di daerah Kuantan bertempat di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 1 di depan Masjid Negeri di ibu negeri Kuantan.
Himpunan Gerakan Rakyat Hentikan Pencemaran Bauksit. |
Akhir sekali sebagai seorang manusia yang mempercayai adanya Tuhan dan hari pembalasan maka kita bermohon lah kepada Allah supaya disedarkan golongan rakus sebegini agar mereka tidak mengulanginya di masa akan datang. Kita bimbang jika mereka dibiarkan berleluasa dengan aktiviti yang tidak terkawal ini. Generasi akan datang hanya cuma dapat melihat kesan kemusnahan yang pernah dilakukan oleh generasi terdahulu. Paling kita bimbangkan ialah kesihatan kita dan nyawa kita yang akan dan sentiasa menjadi taruhan setiap waktu jika perkara ini tidak dibanteras dan dikawal dengan rapi. Sudah lupa kah semua akan ayat Allah ini..
Dipetik daripada surah Ar Rum ayat 41.
Moga kita semua termasuk mereka sedar sebelum ia terlambat.
Sekian, Terima kasih.
Wasalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan