Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 17 Ogos 2015

JIMAT CERMAT


Apa khabar semua. Harap kepada sesiapa yang sedang membaca entry ini dan juga entry lain lain dalam blog ini. Moga anda dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh Allah s.w.t.

Okay lah tajuk entry pada kali ini aku cuba sampaikan secara santai TETAPI penuh dengan peringatan untuk kita semua. Tajuknya ialah JIMAT CERMAT. Aku cuba sampaikan tajuk ini secara umum dan menyeluruh meliputi segenap aspek kehidupan kita.
Jimat dimaksudkan sebagai satu perbuatan yang antonim dengan perbuatan boros. Maka jimat ialah perbuatan yang tidak boros, berhati hati dan cermat apabila menggunakan sesuatu dalam melakukan sesuatu perkara. Anda semua boleh cari maksud perkataan jimat ini dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Sekarang ini tak perlu risau semua sudah dihujung jari kan? Maka boleh layari laman web Dewan Bahasa dan Pustaka http://laman.dbp.gov.my/lamandbp/

Jom kita lihat apa yang kita boleh aplikasikan perbuatan atau amalan berjimat cermat dalam kehidupan seharian kita.

1) KEWANGAN

Sebut pasal kewangan, ia merupakan satu isu yang sangat besar, sensitif dan mempengaruhi kehidupan kita seharian. Boleh dikatakan hampir 100% kehidupan masa kini memerlukan duit atau wang. Tidak kira lah atas nama US dollar, Singapore Dollar, Brunei Dollar, Indonesia Rupiah, Ringgit Malaysia, Syiling, sen dan apa sahaja asalkan namanya duit memang ia merupakan satu utiliti atau alat yang sangat penting dalam kehidupan masa kini. Khususnya bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar bandar baik besar mahupun kecil bahkan nun jauh dalam ceruk hutan belantara pun memerlukan duit.
  


Wang penting dalam kehidupan kita dalam membeli barang keperluan dan kehendak seharian. Wang merupakan satu alat bagi menggantikan sistem barter iaitu sistem tukar barang. Namun kita kena ingat sistem barter bagi urusan perniagaan tertentu masih lagi berjalan. Jika anda biasa dengar istilah swap barang untuk dapatkan satu barang asalkan si pemberi dan si penerima sama sama puas hati maka itu dikira sistem barter.

Okay lah kita sentuh pula pasal cara nak berjimat guna duit ni ye..
  1. Bagi mereka yang kerja makan gaji. Setiap kali dapat gaji amalkan menyimpan paling kurang 10% daripada jumlah gaji anda dalam simpanan. Untuk memastikan simpanan anda berganda adalah amat sangat disarankan untuk menyimpan dalam unit amanah trust. Amanah Saham Berhad, Amanah Saham Nasional, Public Mutual Trust, CWA, Tabung Haji dan pelbagai macam skim amanah saham berdaftar dan disahkan oleh pihak kerajaan dan Bank Negara sudah ada. Maka terpulang kepada anda mana satu nak pilih. Jika anda berminat, anda juga boleh hubungi saya melalui Whatsapp (0179166947) untuk mengetahui bagaimana nak melipat gandakan simpanan wang anda dalam akaun bank anda dan juga KWSP atau EPF anda. Pastikan simpanan ini pula anda sebaik baiknya jangan lah keluarkan sesuka hati ya.
  2. Membezakan perkara perkara bersifat keperluan dan kehendak semasa membeli sesuatu jenis barangan atau produk. Bunyi macam senang namun percaya lah ramai yang kalah dengan nafsu apabila jumpa sesuatu produk dan barangan yang sebenarnya tidak perlu pun untuk dibeli. Contoh mudah, pada satu hari anda terpaksa membeli gajet smartphone kerana sebelum ini anda tiada pun smartphone. Anda pergi lah ke sebuah shopping mall yang mana di situ terdapat banyak sekali gerai gerai (booths) yang menjual produk smartphone. Terdapat pelbagai jenis macam jenama dan kelebihan fungsi serta reka bentuk yang menarik. Ini semua membuatkan anda rambang mata bukan? Jika anda seorang yang fokus dan teliti serta BERDISIPLIN, itu semua tidak menjadi masalah besar. Nasihat saya mudah sahaja, mula mula sekali lihat bajet anda, apa yang anda sebenarnya nak gunakan, kaji daripada segi tahan lasak / durability sesuatu produk, lihat tempoh warranty sesuatu produk, dan paling penting sekali tawar menawar lah kerana tindakan tawar menawar ini dapat membantu menjimatkan wang anda.
  3. Membeli ketika waktu promosi. Ini juga salah satu kaedah berkesan dalam menjimatkan wang anda. Namun bukan sepanjang waktu kita dapat harga promosi kan? Maka apabila tiba waktu tersebut guna lah peluang itu sebaik baiknya. Walaubagaimanapun anda juga disarankan untuk tetap mengamalkan perkara nombor 2 di atas.
  4. Mengamalkan kitar semula barang barangan terpakai. Ia satu perbuatan yang bukan sahaja menjimatkan tetapi juga menyelamatkan alam sekitar kita. Sebagai contoh kotak kotak, botol botol plastik, tin tin minuman dan makanan, timbunan kertas suratkhabar dan pelbagai lagi jika masih dalam berkeadaan elok dan sempurna masih boleh digunakan untuk apa jua tujuan kehidupan anda. Bagi saya pula, saya jadikan semua barang ini sebagai kaedah untuk menambahkan duit dengan menjualnya kepada pihak kilang kitar semula secara terus dan bukan melalui orang tengah. Jumlah duit yang diperoleh memang lah tidak banyak namun berbaloi daripada terbazir begitu sahaja. Jangan malu jika anda terpaksa korek tong sampah untuk collect barang barang terpakai. Jika anda rasa malu, tiada masalah, anda boleh iklankan kepada sesiapa yang tidak mahu simpan barangan terpakai supaya diserahkan kepada anda secara percuma.
  5. Menggunakan perkakasan elektrik dan elektronik yang menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Ini dapat membantu mengurangkan bil elektrik bulanan anda. Lampu LED lebih menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dalam menghasilkan cahaya lampu berbanding lampu pendarflour dan lampu mentol. Namun saya tidak boleh beri pendapat jika tarif bil elektrik naik kerana itu masalah pihak TNB dan mungkin juga kerajaan. Haha...
  6. Menggunakan kenderaan awam bagi mereka yang berada di bandar bandar besar. Bagi mereka yang menggunakan pengangkutan awam secara kerap atau tegar, rasanya sudah disediakan kupon bagi golongan ini. Maka gunakan lah ia dengan sebaik baiknya.
  7. Bagi yang bakal nak beli kenderaan sendiri, disarankan beralih kepada kenderaan mesra alam yang jimat penggunaan minyak seperti kenderaan berteknologi hybrid yang menggabungkan kuasa elektrik dan sedikit penggunaan minyak. Saya tidak memaksa kerana nak memiliki kenderaan sebegini kosnya agak besar juga namun bila digunakan memang banyak membantu menjimatkan wang untuk kos beli petrol. Bak kata pepatah " alah membeli, menang memakai". Saya sudah merasa pengalaman memandu kenderaan sebegini. Ia memang menjimatkan minyak kereta anda.
  8. Bagi pemilik kenderaan sendiri, ada beberapa perkara yang dapat membantu dalam memberi penjimatan wang anda. Menggunakan produk decarbonization semasa kerja servis kereta. Ini dapat memberi kecekapan pembakaran enjin kereta anda dan mengurangkan penggunaan minyak. Tekanan angin tayar dan cara pemanduan berhemat juga dapat memberi penjimatan kepada penggunaan minyak kereta anda.
Ada banyak lagi kaedah nak jimatkan wang anda cuma yang paling penting ialah disiplin semasa berbelanja dan juga menyimpan serta cara membuat pilihan sebelum dan semasa berbelanja. Fail to plan means you plan to fail.

2) MASA

Jimat cermat masa? Ada ke? Bunyi pelik kan. Saya pun rasa pelik juga tapi bila difahami secara lebih mendalam baru lah tahu apa maksudnya.

Time is gold, masa itu adalah emas.
Sebagaimana yang kita maklum, setiap manusia di muka bumi ini Allah telah memberi tempoh 24 jam secara adil dan saksama. Tiada lebih dan tiada kurang. Daripada seorang yang sangat pemalas hingga lah kepada seorang yang dipanggil very workaholic pun tetap diberi 24 jam. Yang beragama Islam dan bukan Islam, Yang baik dan jahat. Semuanya tetap sama iaitu 24 jam. Namun macam mana pula dikatakan berlaku pembaziran masa?

Masa boleh dibazirkan jika anda tidak merancang dengan betul. Sebagaimana yang saya telah nyatakan iaitu " If you fail to plan, You plan to fail" dalam bab kewangan di atas. Maka perkara sama lah juga berlaku kepada masa. Bezanya ialah masa tiada waktu promosi, tiada tawar menawar atau bargaining, dan tiada juga simpanan masa. Yang ada ialah bagaimana anda merancang masa supaya setiap saat yang anda buat itu sentiasa terisi dan diisi dengan perkara berfaedah dan manfaat. Berikut saya boleh catitkan berdasarkan pengalaman saya.

  • Sebagai seorang yang beragama (saya seorang beragama Islam), kita mesti mengisi masa kita dengan perkara perkara berfaedah. Menunaikan solat, bersedekah, berzakat, menghadiri majlis majlis ilmu, berzikir, membaca Al Quran semua itu mesti kita lakukan sehari harian selagi mana kita masih hidup dan sihat.
  • Sebagai seorang yang bekerja, kita tidak hanya bekerja untuk diri kita sahaja. Kita juga akan terlibat dengan urusan dengan orang dan pihak lain sama ada di tempat yang sama atau juga pihak luar tempat kerja kita. Merancang pengurusan masa kerja sangat penting supaya tiada istilah kerja tertangguh yang bertimbun. Setiap kali anda sampai ke tempat kerja, pastikan anda merancang apa yang perlu anda buat. Sentiasa memeriksa kerja apa yang belum siap dan lihat keutamaan / priority sesuatu kerja supaya kerja kerja yang dibuat dapat disiapkan tepat pada waktunya. 
  • Sebagaimana dengan duit, masa juga ada yang bersifat keperluan dan kehendak. Sebagai seorang yang cermat dengan masa. Kita hendak lah juga menilai semasa merancang apakah perbuatan yang kita lakukan itu perlu ataupun boleh dibuat pada waktu lain. Contoh paling mudah, jika di tempat kerja anda sekalipun. Anda sudah tentu biasa berjumpa dengan mereka yang melakukan kerja yang tidak sepatutnya dibuat semasa waktu bekerja. Sebagai contoh berniaga di waktu kerja pejabat. Jika anda memang seorang yang bergelar peniaga 24 jam adalah waktu anda berniaga. Namun jika anda seorang petugas penjawat awam mahupun swasta yang tertakluk kepada job description atau skop tugasan kerja anda. Maka anda sebenarnya tidak boleh melakukan aktiviti persendirian semasa melaksanakan kerja anda. Berniaga atau apa jua aktiviti persendirian boleh dilakukan di luar waktu tugasan. Ini dapat menjimatkan masa kerja dan membantu kerja anda dapat disiapkan dengan mudah.
  • Setiap kali selesai melaksanakan atau menyempurnaka sesuatu aktiviti hendak lah buat kaedah ala post mortem atau muhabasah diri. Ini penting supaya apa jua yang kita buat, kita dapat nilaikan sama ada ia perlu atau tidak dalam kehidupan kita. Jika tidak perlu, apakah perkara yang perlu digantikan bagi memanfaatkan masa yang ada supaya ia tidak terbazir begitu sahaja. Jika tiada apa perkara yang dibuat, maka kita kena lah buat inisiatif atau alternatif supaya masa itu dapat diisi dengan perkara berfaedah sekurang kurangnya untuk diri kita sahaja.
Ingat lah lima perkara sebelum datang lima perkara:
" Muda sebelum tua, Kaya sebelum miskin, Lapang sebelum sempit, Sihat sebelum sakit, Hidup sebelum mati". Ini semua berkaitan dengan cara pengurusan masa dan berjimat cermat dengan masa yang ada.

Rasanya setakat ini sahaja lah catitan entry pada kali ini. Moga kali ini kita dapat ambil iktibar dan pengajaran serta muhasabah akan setiap perbuatan yang telah kita lakukan yang mana memberi pembaziran dan kerugian kepada kita. Perkongsian ilmu ini hanya lah sedikit dan tidak seberapa. Jika ada yang ingin menambah atau memberi pendapat dialu alukan dalam ruangan komen. Saya akhiri dengan ucapan Wasalam dan terima kasih.

Tiada ulasan: