Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah, baru hari ini berkesempatan nak update blog. Erm sedar tak sedar sudah hampir 2 bulan aku tak sentuh blog ini. Al maklum lah banyak kerja yang aku kena buat dan diri sendiri pun tak berapa sihat.
Okay lah tolak ketepi hal semua itu..
Kali ini aku cuma nak kongsi apa yang berlaku sepanjang 'absenteeism' aku dalam alam blogging ini.
Kita mulakan pada bulan Ogos ye. Tak silap aku kali terakhir aku update blog ini ialah pada 17 Ogos 2015. So untuk Ogos ini, aku cuma update dan share apa yang aku buat selepas tarikh 17 Ogos hingga lah tanggal 31 Ogos 2015.
OGOS
Pada 2 minggu terakhir bulan Ogos, aku cuma habiskan masa di rumah kerana aku bercuti rehat terutama seminggu sebelum hari Kebangsaan. Jadi sepanjang minggu tersebut aktiviti aku hanya lah berkisarkan kepada hobi aku iaitu RC tank dan Photography. Cuma bagi photography kali ini, aku nak buat sedikit kelainan iaitu cubaan menangkap imej / gambar petir yang sedang memancarkan cahaya kilatnya. Nampak macam mudah bunyi nye kan?? Hakikat sebenar ia sangat lah sukar. Mana tidaknya, aku sendiri pun tak pandai nak agak bila petir itu berlaku. Apa setting yang sesuai untuk capture lightning dan pelbagai lagi.
Berikut inilah gambarnya:-
Gambar paling atas hingga bawah semua adalah selepas diedit. Cuma untuk gambar kedua dan seterusnya diambil semasa berlaku petir. Pergh memang susah beb. Jadi kepada pembaca dan pelayar blog aku ini yang mempunyai kepakaran mengambil gambar petir ini boleh lah kongsi ilmu ye.
Seterusnya pula ialah seperti biasa rc tank aku lah. Hehe...
Kali ini aku gunakan RC tank brand VSP model Sherman sebagai subjek photography dan video recording. Berikut aku sertakan sekali videonya. Lokasi pula ialah di kawasan halaman depan Masjid Unisza, Kampus Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu. Oh sila ingat ye, kawasan Seberang Takir, Kuala Nerus, Gong Badak, Batu Rakit, Manir, Pulau Rusa, dan Tok Jembal kini merupakan dalam daerah Kuala Nerus. Sejak bulan 6 atau 7 yang lepas pihak kerajaan negeri Terengganu telah memutuskan untuk memisahkan zon Kuala Terengganu Utara dari daerah Kuala Terengganu sebagai satu daerah yang ada pentadbirannya yang tersendiri. Aku melihat perkara ini sebagai positif walaupun ada pro dan kontra di situ. Untuk masa depan aku rasa memang ia bagus sebenarnya. Cuma harap pentadbiran dan segala kerja kerja pembangunan dan kemudahan untuk rakyat dibuat dengan telus,tulus dan ikhlas. Hahaha..cakap pasal bab politik dan pembangunan pulak. Berikut ni video yang aku sempat rakam:
Yang ini diambil sehari sebelum hari Kebangsaan. Ada 2 video sebenarnya.
Selain daripada RC tank dan photography, kebetulan pada minggu itu juga anak saudara lelaki aku yang aku panggil dia sebagai wak adam (banyak cakap budak ni) yang berumur 4 tahun berada di rumah ibu bapa aku sepanjang minggu itu. Sebenarnya, seminggu sebelum itu mak ayah budak ni datang balik ke rumah ibu bapa aku sekejap tapi anak saudara aku ni tak puas bermain maka mak ayah dia cadang untuk tinggalkan dia dengan atok, nenek dan bapa saudara dia (aku lah). Salah satu yang aku sempat rekod video ialah semasa membawa anak saudara aku berjalan jalan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus, Terengganu.
Oh lupa nak beritahu, gambar dan video ni diambil 2 hari sebelum hari Kebangsaan dan kebetulan pula pada masa ini ialah musim jemaah haji pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji.
Aku balik semula ke Kuantan pada petang 31 Ogos 2015 kerana adik bongsu aku ada mesyuarat pasal kerja dia. Ermm, cuti cuti pun ada mesyuarat..tak faham betul lah bos dia ni.
Aku rasa setakat ini sahaja lah perkongsian aku sepanjang ketiadaan aku dalam alam blog ini. Insya Allah soon later I will come up with the new entries. Thanks for reading. Have a nice day pals.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan