tentang perjalanan kehidupan diri sendiri dan orang di sekeliling ku dan sesiapa sahaja dalam hidup ini.
Jumlah Paparan Halaman
Sabtu, 17 Oktober 2015
September 2015
Assalamualaikum semua.
A very good afternoon as this is already 2.26 pm. Hahaha..
Anyway, aku nak sambung balik entry daripada yang aku baru update sahaja tadi.
Bagi bulan September 2015 ini, well tak banyak aktiviti aku lakukan melainkan kerja sahaja dan yang pasti bulan ini juga ialah bulan dimana berlaku masalah jerebu yang sangat teruk. Mana taknya sampai 1-2 km pun sudah tak nampak.
Semua gambar ni aku copy crop dan paste daripada website Department of Environment (Jabatan Alam Sekitar). Korang boleh layari website ini http://apims.doe.gov.my untuk maklumat lanjut.
Semua gambar ni aku capture semasa balik ke Muar, Johor bulan 9 lepas. Memang kat sana alami jerebu yang teruk dengan paras IPU melebihi 150. Manakala di Kuantan pula mencatatkan bacaan IPU pada paras 120-149. Lebih 100 sudah dianggap tidak sihat dan mereka yang mempunyai masalah pernafasan dan kanak kanak serta orang tua sangat berisiko untuk mengalami masalah penyakit yang berkait rapat dengan jerebu. Commonly asthma lah.
Sampai ke tahap nak tengok bentuk true circle shape matahari secara terus pun boleh. Menunjukkan betapa tebalnya asap jerebu yang melanda negara Malaysia ni. Punca utama datang dari Indonesia kerana di sana sedang berlaku kerja kerja pembersihan ladang tanaman dan penerokaan tanah nak buka ladang yang mana cara paling mudah diorang nak buat kerja ialah tebang dan bakar. Dalam skala kecil takde masalah tapi dalam skala besar memang teruk. Tu belum campur masalah pencemaran dalam negara ini sendiri seperti pencemaran asap kilang, asap kenderaan dan jangan gelak ye pencemaran asap rokok dan vape serta shisha. Bunyi kelakar tetapi ia menjadi penyumbang sampingan pencemaran udara. Jadi kepada yang hisap rokok dan vape serta shisha tu bawak bawak lah insaf dan taubat yer. Sebab pada aku korang hisap semua benda tu tak ubah seperti membunuh dan menyeksa diri sendiri.
Okay la dalam pics yang aku kepil tadi aku ada mention pasal Johor dan Muar. Haha..pada bulan September 2015 ini family aku diundang oleh adik mama aku untuk membantu mereka menguruskan kerja kerja majlis sambut menantu. 3 pengantin sekali gus.. Haha..memang legend. Namun disebabkan masalah jerebu dan masa yang terhad jumlah tetamu yang datang tidak lah begitu ramai tetapi tetap meriah dan paling best makanan tak dibazirkan pun.
Secara ringkas, aku dan adik bongsu aku balik ke Muar Johor selepas habis waktu kerja pada jam 6 petang hari Jumaat 11/9/2015. Faham faham jer la balik waktu lepas kerja ni bukan lah best sangat pun. Bosan dan penat serta memenatkan. Tambah pula faktor masalah jerebu lagi maka rasa tak best lah sepanjang perjalanan tu. Kami sampai di Kampung Parit Nawi - lokasi rumah pengantin dan juga mak saudara kami iaitu adik mama aku- di Muar, Johor tepat jam 10.30 malam. Actually cipta rekod sebenarnya sebab jarang kami dapat sampai pada waktu sebegitu. Normally kami akan sampai di Muar dari Kuantan jika bertolak waktu petang dekat jam 11-12 tengah malam sebab banyak berhenti untuk rehat dan makan serta bersembang. Pada waktu malam takde lah busy mana pun kecuali ada beberapa orang saudara mara sebelah mama dan adik mama aku yang sibuk bergotong royong bungkuskan souvenir untuk tetamu. Segala bahan bahan memasak untuk kenduri pada hari esok sudah disediakan. Tinggal nak masak pada pagi esok sahaja. Majlis sambut menantu bermula pada jam 11 pagi. Jadi aku dan adik aku sekadar berehat, makan, mandi,tolong apa yang patut dan bersembang dengan saudara mara..errmmm tu je lah..malas kan. hahaha...
Pada hari Sabtu 12/9/2015 aku bangun awal pagi. Selesai bersolat subuh dan makan sarapan, aku sempat snap gambar sekitar kawasan rumah adik mama aku ni. Tengok ajer lah dulu yer...
Sudah disusun sejak malam tadi. Jadi pagi ni sekadar nak betulkan kerusi dan lapik meja serta letak hiasang bunga.
Bunga Matahari yang original bukan plastik. Adik mama aku yang tanam. Subhanallah ia memang cantik.
Hiasan untuk sesi makan beradap nanti.
Sesi memasak masih lagi berjalan. Kat sini orang lelaki sahaja yang memasak. Kaum perempuan duduk dalam rumah sambil sibuk dengan hiasan, bungkusan dan masak untuk majlis makan beradap sahaja.
Sibuk sediakan juadah majlis makan beradap.
Kesian pulak tengok burung ni. Ia milik pakcik aku, suami kepada adik mama aku. Salah satu hobi dia ialah pikat dan bela burung.
Guna kamera Nikon D3000 tak sangka boleh tahan jugak lah hasilnya. Imej semut atas daun guna mode makro.
Memandangan sekarang ni musim kemarau maka air dalam parit ni kering kontang lah. Kalau musim hujan mahu dalamnya hampir mencecah paras leher orang dewasa.
Masih lagi dalam proses susun atur.
Macam takde motif jer kan..Hahaha..ini lah bila tak tahu nak buat apa hingga lah bila aku disound oleh bapa saudara aku untuk tolong lap dan susun atur pinggan mangkuk dan cawan. Selang sejam kemudian, adik bongsu aku ajak pergi ke Pekan Parit Jawa atas urusan bank. Jarak dan tempoh perjalanan dari Kampung Parit Nawi ke Pekan Parit Jawa tak sampai 15 minit pun. Selesai urusan di Pekan Parit Jawa, kami balik sekejap ke rumah arwah atok kami di Kampung Parit Penyengat untuk meletakkan barang kami di situ memandangkan malam ini kami akan bermalam di situ pula. Kami sampai di rumah arwah atok kami pada jam 11 pagi dan ingat nak take a nap sekejap tapi bila sedar je jam sudah menunjukkan jam 1 tengahari. So kami adik beradik pun bergegas mandi dan siap siap untuk ke majlis sambut menantu.
Lentok punya pasal sampai tak sedar jam 1 pm.
Kami sampai di rumah adik mama kami jam 1.30 pm. Ikutkan jarak dekat sahaja tapi memandangkan jalan nak ke sana itu berlubang dan berliku maka makan masa sedikit lah. Ingatkan pengantin sudah sampai tapi rupanya belum lagi. Tak pernah aku tengok tetamu tunggu pengantin hehehe..tapi mujur lah ini cuma majlis sambut menantu sahaja. Berikut aku share gambar gambar suasana majlis sambut menantu itu.
Ini sepupu aku, adik bongsu kepada pengantin lelaki nombor 3.
Pengantin lelaki ke-3 sudah sampai. Pengantin pertama diganti oleh anak angkat adik mama aku. Pengantin kedua je belum sampai lagi.
Semua sabar menunggun. Ni semua saudara mara aku lah. Kecuali yang paling kiri tu adik bongsu aku da..
yang tengah tu mama aku dan yang lain ni saudara mara dia.
Perempuang bertudung coklat tu sepupu aku. Yang sebelah dia tu pula mak dia. Mak saudara aku juga. Bapa saudara aku iaitu ayah kepada sepupu aku dan suami kepada mak saudara aku serta juga adik kepada mama aku telah meninggal dunia bulan 7 tahun lepas. Aku ada mention hal ini dalam entry pada tahun lepas.
Ni sepupu aku.
Tunggu punya tunggu...
Sambil tu pihak katerer yang ditempah sedang buat aiskrim. Tak sempat aku nak snap picture atau buat video recording macam mana diorang buat aiskrim hand made.
Sepupu aku yang tadi.
Ni makcik aku tapi susah nak explain relationship antara aku dengan dia sebab dia dengan mama aku kira mak saudara tau walaupun usia dia lebih muda daripada mama aku.
uwekk...
Jam 3 petang baru lah nampak kelibat pengantin. Actually pengantin lelaki ni adik beradik sebenarnya. Pengantin pertama sepatutnya ada tetapi tidak datang sebab busy dengan kerja kerja sebagai warden asrama di hostel di UNISEL. Maka pengantin pertama diganti dengan pengantin lelaki dan pasangan yang merupakan anak angkat kepada adik mama aku. Pengantin lelaki kedua pula ko jangan main main..orang tabligh bai. Juga merupakan sepupu aku. Pengantin pertama (asal) dan kedua ini merupakan anak anak hasil perkahwinan pertama adik mama aku. Manakala pengantin ketiga pula merupakan hasil perkahwinan kedua adik mama aku. Punca kenapa kawen 2 kali si adik mama aku ni ialah sebab suami pertama dia meninggal so kira cerai mati la. Namun aku tak kisah semua itu sebab mereka ini semua saudara mara yang ada pertalian darah dengan aku. So I am very grateful and thanks to Allah for such this blessing. Seronok jika ada saudara mara ramai walaupun yer lah setiap mereka pasti ada pelbagai macam ragam namun itu semua aku anggap no hal lah. Berikut gambar gambar majlis makan beradap semasa majlis sambut menantu. Majlis makan beradap bermula pada jam 4 petang dek kerana family mertua pengantin kedua tersilap ambil jalan dari Johor Bharu. Patut ikut masuk Parit Sulung tapi terlajak sampai ke exit Pagoh dan masuk pula ke kawasan bandar Maharani. So memang lambat jugak lah menunggunye. Namun alhamdulillah segala gala berjalan dengan lancar dan aman serta meriah.
Baru sampai pengantin ke-3.
low light maka gelap lah gambar.
Masih lagi menunggu pengantin ke-3 masuk ke khemah majlis makan beradap.
Ni sepupu aku. anak kepada adik mama aku hasil perkahwinan kedua. Anak kedua tak silap aku. Usia dia muda 2 tahun daripada aku.
Alhamdulillah semua sudah sampai.
Mak saudara aku (kanan sekali) sedang berborak dengan pengantin dan pasangannya.
Sesi potong kek. Pengantin ke-3 yang buat. Yang lain makan je. hahaha...
Yang tengah tu saje je ambil kesempatan. Walhal tahun lepas dah kawen. Hahaha...
Selera betul makan ye. Hehehe...
Actually gambar ni aku ambil untuk dihantar kepada adik aku yang sedang berada di Port Dickson.
Sesi bergambar beramai ramai dengan pengantin lelaki nombor 3.
Ni rombongan family mertua pengantin nombor 2. Memang segan nak berbicara dengan mereka. Faham faham ajer lah.
Pada hari Ahad pula kami termasuk mama dan abah kami bergerak pulang ke destinasi masing masing. Aku dan adik aku ke Kuantan manakala mama dan abah ke Seberang Takir. Namun satu ujian buat kami apabila beberapa jam sebelum bertolak abah mengadu sakit perut dan susah nak buang angin dalam badan. Jadi perjalanan kami ke sana agak tersangkut sedikit apabila semasa menghampiri Parit Samsu tetiba abah berhentikan kereta dia di tepi jalan. Maka kami ambil keputusan yang adik aku akan pandu kereta abah manakala aku follow dari belakang. Kami cuma berhenti berehat di sebuah masjid di Muadzam Shah, Rompin, Pahang. Abah masih lagi tak sihat dan hanya dapat makan sedikit sahaja. Aku pula rasa tak sedap hati dan mahu nasihat mama hantar abah ke hospital. Akan tetapi mama enggan sebab mama yakin ini masalah lama yang abah sering hadapi iaitu masalah gastrik. Lagipun aku ada teringat yang abah bangun awal tapi makan agak lewat. Selain itu semalam semasa majlis sambut menantu, abah makan banyak jugak. Sampai di simpang Gambang dekat exit LPT fasa 1 Gambang kami pun berpisah. Alhamdulillah pada keesokkan harinya dapat berita abah sudah pulih.
Okay selain daripada kisah majlis sambut menantu ni ada juga beberapa aktiviti yang aku buat dan rakam gambar dan video sepanjang bulan 9 ini. Jom tengok dulu ye:
Video menembak sasaran (T-34 mini) guna ball bearing plastic oleh rc tank Sherman. Lokasi di Tasik depan Mahallah Maimunah IIUM Kuantan sebelah Masjid Besar Sultan Haji Ahmad Shah IIUM Kuantan.
Yang ini pula sama cuma lokasi dan tarikh berbeza. Dibuat di depan One Students Stop Centre sebelah Kulliyyah of Dentistry IIUM Kuantan. Aku buat recording ini semasa angin ribut. Memang mencabar daripada segi aspek teknikal untuk mendapatkan tembakan yang tepat.
Sama juga seperti di atas.
Yang ini pula ialah rakaman perlumbaan kereta lumba remot control RC drift dibuat di depan Kompleks Sukan Gong Badak di Kuala Nerus, Terengganu. Memang best bagi pemilik dan penggemar RC drift sebab sudah ada litar sendiri. Tapi aku punya RC tank tak perlu litar pun. Semua jenis terrain boleh redah hehehe...
Sesi menembak lagi tetapi kali ini kamera pula jadi target. Hehe..takde lah target bersebelahan denga kamera je.
Sama seperti yang di atas tadi.
Destroyed T-34 mini. Multiple shots.
Storm is brewing up.
Kulliyyah of Dentistry IIUM Kuantan.
My lovely nephew abang adam or wak adam.
Kamera aku pula jadi target.
My niece and nephew
Kecik kecik pandai posing.
Aku sendiri tak ingat bila masa aku snap ni.
Sherman M4A3
Memang banyak sebenarnya tapi malas aku nak explain satu per satu. Harap dengan penerangan melalui caption pada gambar gambar dan video video yang ada tu dapat puaskan hati korang lah ye. Okay lah see you next time with other entries. Bye bye...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan