Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 27 Oktober 2015

POLIS EVO..

POLIS EVO

Assalamualaikum sekalian dan salam sejahtera.

Wah awal awal lagi sudah ku letak kan gambar ikon POLIS EVO. Yup memang untuk entry blog aku kali ini nak kongsi sedikit sebanyak pasal filem ini. Aku sudah tengok filem POLIS EVO ni sejak 3 minggu lepas di Golden Screen Cinema, East Coast Mall, Kuantan di Pahang. Tengok bersama dengan adik aku la. Nak harap aku sorang diri pergi ke cinema tengok movie?? Memang tak lah hahaha...Anyway another main reason is because of no DVDs are available yet for this movie. Thus I gotta watch this movie at nearby cinema.

Okay lah secara serba ringkas dan terperinci sedikit pasal filem POLIS EVO ini (menurut pandangan peribadi aku sendiri setelah menonton di cinema).  Filem ini memang lain daripada yang lain berbanding filem filem dan juga drama drama bercorak kepolisan yang pernah aku tonton di mana mana VCD, DVD dan juga di televisyen. Jika korang nak bandingkan POLIS EVO dengan Gerak Khas (sampai 3 sequel), Mat Romeo dan lain lain memang totally different.

Filem ini boleh aku katakan 80% full with action packed. Yang menarik pasal filem ini ialah lokasi penggambaran yang mana jika korang tengok movie polis lain mesti kot tang mana pun nak KL tu lebih. Namun untuk POLIS EVO memang berbeza kerana 75% scene dibuat di negeri kelahiran aku iaitu TERENGGANU. Of course lah rasa bangga beb sebab negeri sendiri bahkan tempat yang aku biasa pergi dan lepas tu jadi scene movie ini. Antara tempat / scene yang aku kenal setelah menonton filem ini yang mana dijadikan lokasi penggambaran filem ini ialah:-

1) Jeti Pulau Duyong, Kuala Terengganu.
2) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di bandar Kuala Terengganu.
3) Kampung Cina di bandar Kuala Terengganu.
4) Belakang super market The Store (lama) di Kampung Cina di bandar Kuala Terengganu.
5) Sekitar perkampungan nelayan di Marang, Terengganu.
6) Sekitar daerah Besut dan Setiu, Terengganu.
7) Bukit Besar, Kuala Terengganu.
8) Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus, Terengganu.
9) Sekitar pantai di daerah Marang, Terengganu.
10) Sebuah hospital dalam pembinaan bersebelahan Kuarters FRU di Kuala Terengganu..aku lupa nama apa hospital tu tapi memang aku tahu lokasi scene tembak menembak di hospital tu (tak boleh blah guna nama Hospital Besar Kuala Terengganu) dibuat di hospital yang masih belum siap dimasuki.
11) Pulau Perhentian Kecil di Setiu atau mungkin Pulau Kapas di Marang.
12) Lebuh raya Pantai Timur (LPT) fasa 2 di Terengganu.

Hanya beberapa lokasi sahaja dilakonkan di KL seperti scene tembak menembak Inspektor Khai (lakonan Shaheizy Sam) dengan kumpulan pengedar dadah dalam workshop kereta, scene Inspektor Khai dan Inspektor Sani (lakonan Zizan Razak) menyoal siasat pelakon perempuan (alamak lupa nama apa).

Then, aku juga tertarik kepada prop persenjataan yang digunakan seperti:

1) pistol Glock 17.
Image result for glock 17


2) pistol Glock 23.
Image result for glock 23



3) pistol revolver S&W .38




4) Bushmaster compact tactical assault rifle - guna peluru 9 mm parabellum.


5) pistol revolver Magnum .44.


6) Sub machinegun Uzi.
Image result for uzi

7) Sub machinegun MP7.
Image result for mp7

8) Assault rifle AK-47 (aku rasa ini prop airsoft).


9) Advanced Combat Rifle (ACR) - ini pun prop airsoft jugak.


10) Prop bahan letupan.

11) Sub machinegun w/tactical light HK-MP5.

12) pistol Glock 18.


13) bom C4



Aksi aksi pergaduhan, tembak menembak, letupan, cekik, cubaan bunuh, bakar rumah yang nampak seperti agak real dan berbeza daripada filem filem kepolisan dan filem aksi lain.

Paling paling paling yang aku suka sekali ialah betapa si Nora Danish dan Eyka Farhana boleh bercakap loghat pekat dialek Terengganu. Haha.. aku memang terasa impressed bila tengok diorang boleh bercakap loghat Terengganu dengan begitu lancar sekali. Mungkin dengan bantuan si mat jijang (Zizan Razak) pun banyak juga membantu kedua dua pelakon ini dapat bertutur dengan begitu fasih dan pekat dalam loghat dialek Terengganu.

Selain itu terdapat juga scene makan secara berjemaah. Haha..maksud aku makan bersama sama lah. Ibu Inspektor Sani, Inspektor Sani, kedua dua adik Inspektor Sani dan Inspektor Khai. Paling kelakar dalam part ini ialah apabila Inspektor Khai makan budu tetiba je boleh cakap loghat Terengganu. Hahaha...Sambil itu juga ada juga part usik mengusik Eyka Farhana dengan Zizan Razak apabila disebut nama nama seperti Juliana Evans dan lain lain yang pernah dikaitkan dengan Zizan Razak beberapa tahun lepas. Hahaha...

scene makan malam.
fuyyoo..mat jijang nembok guna MP7 boh..
Then scenes lain yang ada ialah:-
Scene ni kejar mengejar dan tembak menembak selepas scene berbalas tembak di Hospital Besar Kuala Terengganu (I don't know why I am so laughing bila sebut HBKT because I have been there before and know well the real hospital looks like).
scene berbalah pendapat dan bertikam lidah. Ish ish...

Scene di mana dibuat di daerah Setiu atau Besut. Dalam scene ini mat jijang dan sam kantoi ditangkap oleh kumpulan pengedar dadah ketika buat kerja risikan. Tembak menembak ni pula ketika mereka berjaya meloloskan diri dari tahanan kumpulan kartel tersebut.
Inspektor Khai in full suit special force. UTK (unit tindakan khas) or maybe STING.

Scene jemang melarikan diri daripada dikejar oleh inspektor sani dan inspektor khai setelah gagal bunuh saksi utama di hospital. Sempat melepaskan beratus das tembakan guna SMG Uzi.Mencedera / membunuh lain lain anggota polis yang bertugas.
scene ni pun lucu jugak sebab inspektor sani rasa inferior bila tengok body six pad atau sado inspektor khai.
scene letupan bot. bom C4 dipasang oleh inspektor sani dan inspektor khai serta 2 orang pasukan khas polis maybe UNGERIN (unit gerakan taktikal marin).
Scene Inspektor Sani bawa forklift angkut sekali dengan tong drum minyak nak rempuh bot yang dinaiki oleh kumpulan kartel yang diketuai oleh Izrail (pergghh guna nama malaikat).
Dalam scene ni Inspektor Sani bersama sama dengan Inspektor Khai cuba menangkap Jimbo tapi gagal..nak tahu lebih lanjut tengok lah filem POLIS EVO ni ye.
Scene Inspektor Sani dan Sarjan Rosalinda(Tisha Shamsir) buat kerja penyiasatan apabila menemui mayat yang ada syabu merah.
Scene ni pun lawak jugak.. Nak tahu apa dia? Tengok lah movie ni.

Di samping itu juga kita hendaklah menyedekahkan al Fatihah kepada Allahyarham Harun Salim Bachik kerana dikatakan filem Polis Evo ini merupakan filem terakhir lakonan arwah sebelum meninggal dunia.

Harun Salim Bachik dalam kenangan.

Image result for al fatihah



Selain itu, untuk filem ini ada juga song theme dan original soundtrack yang tersendiri. Tajuk lagu ialah POLIS EVO juga hasil ciptaan dan rekaan Joe Flizow dan Sona-one.

Ini lirik lagunya:


Tapi original music video polis evo ialah yang ini..

Lupa pula nak mention. Actually dalam video YouTube sudah ada preview video. Kalau nak full pergi pawagam lah. Nak download boleh tapi biar lah yang legal. Kalau illegal downloading itu mencuri namanya. Korang mungkin kata eh takpe la tapi sebenarnya kalau korang download hasil kerja orang tanpa kebenaran tuan asal atau tuan punya kerja tu tetap dikira mencuri. Kalau orang tu tak maaf kat korang sampai mati lah ko tanggung dosa mencuri tu. Bukan aku yang cakap tapi memang dah diberitahu oleh para ulama' dan para ustaz dan ustazah. Mungkin korang nak berdebat pasal hal ni daripada segi halal haram cerita ni. Itu lantak korang lah..pada aku asalkan ia hak milik orang lain tak kira la haram atau halal kalau korang ambil hak orang tu tanpa beritahu dan tanpa izin ia tetap mencuri. Okay lah jom tengok preview ni dulu..



Then ada juga video in the making of POLIS EVO..

So enjoy lah dengan video video ini. Apa apa hal pun cakap je tak guna. So why not korang pergi aje tengok movie ini dan rasakan kelainan yang dipaparkan dalam filem POLIS EVO ini berbanding filem filem lain yang ada di Malaysia.

Thank you guys...wasalam.. 

Tiada ulasan: