Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog mahupun visitors alam maya dan juga stalkers.
Untuk entry kali ini well aku rasa nak share pasal yang ini lah...
Leagoo Lead 5. |
Yup..pasal smartphone la. Kenapa? Well aku sebenarnya beli phone baru tapi baru pun ada la dalam bulan 9 lepas. Al maklum lah sebelum ini aku pakai Samsung Galaxy Young yang edisi bila ntah...
my first smart phone yang buat rasa semak je. |
mungkin korang tertanya dan in fact aku rasa semua orang tahu kenapa aku tukar phone ni kan? tahu tak? Aku rasa tak tahu...hahaha..
Okay the main reason I choose to buy the smartphone Leagoo Lead 5 ialah:-
1) My previous Samsung Galaxy Young sudah rosak sebab aku turn on then suddenly ia turn off semula. Aku suspect bateri punya masalah tapi terbukti bukan. So aku rasa mungkin file atau memory yang ada dalam smartphone Samsung Galaxy Young tu agak heavy tapi aku rasa apps seperti Whatsapp, Viber, Wechat dan lain lain semua aku sudah buang. So in conclusion may be virus attacks kot.
2) Sebelum aku beli Leagoo Lead 5 ni, aku kembali lah guna pakai Nokia 2760 yang aku beli tahun 2008. Ia handphone polyfonik yang boleh flip flop.
Phone Nokia memang tahan lasak. |
Cuma jika sekarang ini tahun 2008 takpe lah sebab masa tu Facebook baru aje nak menapak, Yang ada pun masa tu Friendster, Myspace dan beberapa laman web sosial yang tak berapa canggih macam sekarang la kan? So masa tu masih bergantung kepada SMS, MMS dan phone call sahaja. Cuma masalah bila guna phone ini pada tahun 2015 ialah semua nak jimat bai..tak nak SMS dah. Semua pakat nak pakai apps seperti Whatsapp, Viber, Wechat, Line dan lain lain lagi. Yer lah mana taknya nak buat texting, video call, even nak call biasa pun boleh pakai dalam apps tu asalkan line internet clear samada korang pakai internet plan data mahupun Wifi.
Therefore, as the result pada bulan September 2015 aku buat keputusan pada satu hari untuk beli smartphone baru pada waktu malam hahaha...
Aku lupa bila tarikh dan hari aku beli Leagoo Lead 5 ni tapi yang pasti lokasi aku beli menatang ni ialah di Kuantan Parade aras ground floor dekat dengan kedai spek mata. Kalau orang Kuantan yang baca entry ni dan jenis suka lepak kat Kuantan Parade (lebih popular di kalangan local Kuantan as KP) mesti tahu tempat tu.
Kalau ada orang Kuantan tak tahu tempat ni. Aku tak tahu la. haha.. |
Sekarang aku nak share apa yang best pasal smartphone Leagoo Lead 5 berdasarkan pengalaman aku setelah hampir 2 bulan menggunakan benda ni:
1) Firstly sebut pasal harga dulu ye..sebab aku ni bukan lah orang expert dalam bab smartphone ni jadi harga itu jadi ukuran yang pertama. Okay, pasal harga untuk phone ini yang dijual di KP ialah berharga RM499. Itu pun setelah aku bandingkan dengan model dan jenama phone lain. Kebetulan pula range harga yang aku tetapkan ialah antara RM400-500.
2) Secondly tentang bateri. Bukan soal besar atau kecil kapasiti bateri itu tetapi ketahanan bateri itu. Setelah 2 bulan lebih aku guna boleh kata aku cuma perlu recharging Leagoo Lead 5 ni sekali dalam 3 hari berbanding Samsung Galaxy dulu boleh kata 1-2 hari sekali kena recharge.
3) Memory yang lebih besar. Leagoo Lead 5 ni boleh fit dengan 8GB storage dengan RAM 1GB. Definitely outclass the Samsung Galaxy Young aku dulu. Cuma kalau nak banding dengan smartphone lain tu mungkin aku punya ni still belakang lagi kot. hahaha...
4) Ada 2 tempat simkad yang berbeza. Maka aku boleh gunakan satu simkad untuk phone contact dan SMS manakala 1 lagi untuk internet.
5) Memory kad pakai micro SD tapi yang ada SDHC dan SDXC pun boleh fit jugak.
6) Gambar clear dan cantik. Siap boleh edit seperti edit gambar guna adobe photoshop atau lightroom. Kamera ada 2 lense iaitu satu depan dan satu belakang which means nak buat selfie dan video call memang boleh sangat la. Saiz pixel kamera lebih kurang 8-10 MP. Tak silap aku lense depan menghadap user tu kurang sikit MP berbanding yang belakang. So nak mudah cerita kalau korang nak snap gambar atau buat video recording guna Leagoo Lead 5 memang tip top la tapi nak gambar selfie dan atau video call lawa kureng sikit la.
7) Sebagaimana smartphone jenama lain semua ringan boh..
8) Apps yang ada dalam Leagoo Lead 5 ni macam biasa la yang aku sebut dan yang korang ada dalam smartphone korang tu. Cuma masa aku beli tu aku minta tokey tu include sekali apps al quran, panduan solat, doa, muzik ketuhanan dan lain lain. Lagi menakjubkan tokey tu walaupun bukan beragama Islam tetapi tahu surah surah al Quran dan jenis jenis doa. Harap satu masa kelak, Allah akan beri hidayah kepada dia untuk memeluk agama Islam. Insya Allah..
Lain lain daripada tu yang korang nak tahu boleh la click link ini ye
Berikut share sikit lah gambar gambar phone ni hehe..
Warna ni la yang aku beli |
Pelbagai jenis warna casing cover. Yang aku punya warna putih la.. |
Yang aku seronok pasal smartphone ni ialah bunyi alarm tu..ada bunyi macam jam loceng lama, bunyi ayam berkokok dan pelbagai lagi. Mungkin pada korang rasa biasa dan takde ape ape tapi untuk aku itu lah yang membuatkan telinga aku rasa segar je setiap pagi. haha.. Then ringtones dia pun banyak jugak dan boleh juga di download. Lepas tu, wallpaper pun ada yang statik dan ada juga yang live dan tak kurang juga full HD atau HDI.
Wallpaper sunset. |
Wallpaper milky way. |
Dan macam macam lagi lah.. apa apa hal pun rajinkan lah diri untuk explore jika mahu tahu lebih lanjut.
Then apa lagi nak share pasal phone ni ye..daripada segi safety dan security pun terjamin lah sebab kita boleh create password yang kita nak dan orang lain tak tahu. Macam untuk aku, dah set 2 jenis password untuk setiap apps yang nak dibuka. Then smartphone ini juga boleh auto capture gambar orang yang cuba nak buka phone kita. Sesuatu yang aku takde masa guna smartphone Samsung Galaxy Young dulu. Liputan internet tu aku tak boleh nak jawab sebab bergantung kepada internet service provider cuma yang pasti boleh Wifi dan juga boleh buat hotspot Wifi sama seperti smartphone yang lain jugak lah cuma nak selamat pastikan hotspot Wifi korang tu kena set up password supaya tak digunakan sewenang wenangnya oleh manusia yang tiada rasa tanggungjawab.
Okay lah rasanya setakat itu sahaja perkongsian aku pada kali ini. Nak tahu pasal phone ni dan model yang terbaharu dan terkini. Sila lah berkunjung ke kedai kedai gajet dan phone berhampiran...jangan nak bohong aku la kalau takde kedai gajet dan smartphone yang terdekat melainkan ko duduk dalam hutan tebal Banjaran Titiwangsa. Itu pun orang Asal dah ramai pakai smartphone sekarang ni. Bangla, Nepal, Burma, Vietnam dan lain lain lagi la super duper advanced. Hahaha.. Okay bye and wasalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan