Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 21 Disember 2015

Entah lah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua para pembaca, pelawat mahupun stalkers...

Kalau ikutkan aku rasa macam malas ajer nak menaip blog ni tapi apa kan daya aku sendiri pun mengalami kebuntuan idea untuk melakukan aktiviti pada minggu cuti ini. Yup, aku sedang bercuti sekarang ni dan seminggu aku rasa tempoh cuti yang terbaik untuk diri aku menenangkan diri daripada kesibukan dan bebanan kerja yang semakin hari semakin bertambah. Tambahan pula pada minggu lepas tempat kerja aku telah didatangi oleh pihak audit MQA dan SIRIM. Once they came in memang bingit la telinga aku dan partners aku kena buat itu dan ini seperti mana yang diminta oleh pihak top management officials. Lastly yang dapat nama diorang la, kita dapat letih ajer lah. Anyway I am still grateful because Allah allows me to take this leave so that I can take a rest a lot.

Kali ini aku nak share aje apa yang aku sudah buat tapi aku tak share kat blog aku ni...mostly sepanjang ketiadaan aku dalam alam blog ini. Aku banyak buat aktiviti memasak dan baik pulih tayar kereta serta mengemas rumah selain daripada kerja. Then of course sibuk dengan dunia fotografi dan RC tank aku la..aku tak tengok movie kat cinema kali ini sebab aku sudah dapat download movie daripada kawan aku. Di samping itu juga turut menghadiri kursus dan memandangkan tahun ni tempat kerja aku agak dan sangat lokek nak issue bajet kursus luar dari tempat kerja aku maka terpaksa la pilih kursus dalam tempat kerja aje. It's quite annoying to me.

Kita mulakan dengan aktiviti memasak dan memakan yer...tuan tuan, puan puan, makcik makcik, akak hakak, abang abe, adik adik manis...


yang ini ialah mee bandung home made. Actually dulu pernah balik sekejap ke rumah parents dan mama aku hidangkan makanan special orang muor. memang sedap.

2 minggu lepas, selesai berjoging dan berehat aku decide nak buat nasi goreng. Sayang sekali bahan masakan seperti ikan dan daging takde jadi aku guna lah semua jenis sayuran yang ada. Alhamdulillah sedap dan kenyang juga. Aku namakan resipi ini sebagai nasi goreng sayur hentam.

Yang ini minggu lepas juga di hujung minggu. Alhamdulillah dapat sumbangan makanan daripada jiran sebelah rumah yang baik hati. Sebelum tu aku sibuk dengan membersihkan dalam dan luar rumah. Nasi lemak bilis dan ayam goreng, air milo dan sambil tu menonton Polis Evo. Dapat daripada kawan yang download daripada mana entah.

Yang ini cubaan pertama aku memasak menggunakan ubi kentang dalam sardin. Kesilapan yang aku buat dalam masakan sardin kentang ialah aku tidak merebus kentang itu sebelum memasukkan ke dalam masakan sardin. Jadi kentang agak keras la. Nak buang sayang so apa lagi makan ajer la. Hehehe..

Yang ini masakan typical iaitu nasi putih, ulam kacang botol dan sardin. Nok cepat boh..simple ajer sudoh la.

Yang ini super duper simple..haha tak payah beritahu lah. Semua dah tahu.

Kunun nak diet la tak nak makan heavy kan. So aku cuba kelainan dalam penyediaan oat iaitu dengan menambah kurma, kismis, dan pisang.

yang ini baru je 2-3 hari lepas. Makan satay ayam di Kerteh, Kemaman. Lupa nama kedai tapi bukan aje satay aku dan adik aku makan termasuk juga nasi goreng kampung dan nasi goreng paprik.

Yang ni time lunch last weekend. Simple menu. Nasi putih, sayur goreng, sup ayam dan telur rebus. Seriously kalau korang makan kat kedai ni mahu kena bayar paling kurang pun RM7-8 tapi jangan mimpi la nak dapat harga macam tu. Usually RM10 tau. Masak sendiri ayam boleh masak sampai 3-4 ketul.

Burger bakar. Aku beli kat Indera Mahkota 8 sebelah Stesen minyak Shell. Actually di situ tak silap aku ada 2-3 buah kedai jual burger tapi burger bakar 1 je. Di IM ni pula ada 2-3 buah gerai burger bakar tapi aku perasan lately hanya sebuah sahaja beroperasi. Yang ini single special burger bakar ayam. Special bukan sebab telur atau dapat daging ayam double tapi dia tambah cheese dan wedges lebih dalam burger tu. Unfortunately aku makan burger bakar ni tak rasa kenyang la. Setan betul nafsu makan ni.
Menikmati mamee ayam with full of carrots and onions and egg hancur sambil menonton perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara Kedah vs Selangor.



Then aku juga ada attend kursus di tempat kerja aku pada bulan lepas. Erm tak nak cerita panjang lebar cuma tengok aje lah gambar gambar yang bukan aku ambil sebenarnya tapi diorang tag kat Facebook aku dan hantar kat whatsapp group department aku.







Kursus ini ialah tentang Fail Meja. Ada la sebab kenapa ia perlu dibuat. Bagi mereka yang bekerja dalam sesebuah organisasi penting ye untuk ada fail meja dan manual prosedur kerja. Takde kedua dua elemen ini dalam kerja korang maka terumbang ambing lah korang ibarat kapal dibadai ribut tanpa ada nakhoda dan awak awak kapal. Harap korang faham maksud aku.

Seterusnya aktiviti aku juga ialah macam biasa la kalau takde RC tank dan photography macam tak sah aje life aku ni.


Menggunakan kamera phone android Leagoo 5 maka dapat lah buat editing sebegini.

Sempena dengan Star Wars asalnya takde pun blue light saber sword ni tapi aku tambah hahaha..tapi tak sangka nampak macam real lah pulak.


Beberapa bulan lepas rc tank Sherman M4 aku menghadapi masalah untuk menembak kerana sumbatan peluru BB pada barrel meriam. Dengan menukarkan bateri yang lebih berkuasa, sekali shot aje berterabur abes semua peluru BB yang tersumbat dalam barrel meriam tu. Semua ada 4 butir BB yang tersumbat. Then aku study dan dapati bagi peluru BB berukuran 6 mm dan 0.1 g tak boleh load lebih daripada 6 butir. Hanya bersaiz 5 mm dan 0.1 g sahaja boleh load banyak tetapi penetration tak kuat la.

Yang ini last week time weekend. Hujan kat luar maka main kat dalam ajer lah. Mujur ruang tamu takde perabot.





Menggunakan Action Wifi camera HD. Guna apps Finalcam dalam android aku. Dapat la capture gambar sendiri tanpa perlu selfie bagai yang pada aku amat annoying. Hahaha...




Dan tidak ku duga juga kira kira 2 minggu lepas tanpa disangka sangka ketika memandu di Pintasan (Bypass) Kuantan dan menghampiri simpang lampu isyarat masuk ke Indera Mahkota dengan tak semena mena kereta yang pandu bergoyang. Stereng takde bergoyang sangat pun cuma boleh rasa kuat pada bahagian belakang. Bila aku berhenti ditepi jalan, aku lihat tayar belakang sebelah kanan sudah kempis molek yang amat which means memang takde angin langsung la. "Ish, pelik ni..." kata hati aku sebab 2 minggu sebelum tu aku sudah pam angin ke semua tayar ni dan minggu lepas sudah check tiada masalah. Bila aku buka dan tanggalkan tayar, rupa rupa nye....
Tayar bocor la...ni mesti terkena objek tajam masa drive. Usually mungkin objek besi yang tajam. Mustahil kalau kena batu jadi macam ni. That's why aku nasihat kat korang please be careful semasa memandu. Mata korang tu jangan lihat ke depan aje, kena be alert sekeliling dan juga jalan tu. Kalau tak ini la jadi nye.
Alhamdulillah aku dapat tukar tayar kereta tu dengan harga RM154 untuk sebiji tayar. Sebelum tu aku sudah survey kedai tayar yang lain namun harga yang ditawarkan melebihi RM160 walaupun brand yang hampir sama.

Selain itu, di tempat aku bekerja ada aktiviti sukan dipanggil Inter Batch Games. Usually Games ini diadakan antara para pelajar tahun 1 - 5 dengan pihak staff. Untuk kali ini aku tak join dan sememangnya aku tak pernah join pun IBG ni. Haha...so tengok lah gambar gambar ni..








Masa aku attend ke venue games ini cuma ada perlawanan bola jaring (netball), badminton, dan ping pong. Aku cuma habiskan masa tidak lebih daripada setengah jam di sana memandangkan hari sudah malam dan esok pula ank masuk kerja lagi.

Gambar gambar yang lain pula aku paparkan kat sini disertai dengan description sekali...

Mesti korang teka pe kebende lah ni..Kalau nak tahu itu ialah pesawat tentera yang terbaru dalam inventory TUDM iaitu A400M Airbus. Boleh la google A400M Airbus untuk lihat rupa dan specs pesawat itu. Yang pasti 2-3 kali ganda lebih besar daripada C130 Hercules.

Ini ialah hasil nukilan peribadi aku. Bakal aku masukkan ke dalam blog ini. Ia berkaitan tentang pengalaman memandu di laluan jalan dan lebuhraya seluruh Malaysia. Termasuk juga kawasan yang dikatakan terdapat elemen mistik. Tunggu lah dalam entry seterusnya.

Menonton filem Bad Boys 2. Filem Hollywood tahun 2003 berkaitan dunia kepolisan dan buddy cops serta membanteras kegiatan jenayah dadah dan wang palsu. Cuma dalam filem ni banyak sangat bahasa F nye..so mujur lah laptop aku ni ada sistem audio 5.1 Dolby jadi bahasa F tu takde la kedengarannya.

Pantai Teluk Ketapang. Perghh..ombak kuat bai.. Jadi kepada mereka yang beriya iya nak mandi atau bermain pantai pada bulan ini mohon tangguhkan niat anda ye. Nyawa itu lebih penting. Terbaru 2 orang pelajar Maahad Tahfiz dikhuatiri lemas setelah hilang ketika mandi di Pantai Rhu 10 di Setiu. Tak jauh daripada pantai sini sebenarnya. Lagipun sekarang ini musim tengkujuh yang mana ombak bergelora dan angin bertiup kencang.

Menonton drama Band of Brothers. Tahun 2001 punya cerita tapi best la jugak untuk ditonton. Ia pasal kisah pasukan askar payung terjun US semasa Perang Dunia Kedua di Eropah semasa D-Day sehingga lah tentera Nazi menyerah kalah pada tahun 1945.

Cik meow...

Cleaning up bulus..

Banyak monyet berkeliaran. Yang ni dalam UIAM Kuantan di Mahallah Maimunah. Tak jauh dari masjid UIAM Kuantan. Anyway jangan bimbang dan takut, mereka cuma cari makanan sahaja. Tak serang orang pun.

Bersama dengan nephew di Pantai Teluk Ketapang. Banyak celoteh budak budak ni.

Actually dah lama dapat sijil attending course cuma baru teringat nak update dan susun semula sijil sijil kursus yang pernah dihadiri sebelum ini.


Aku rasa setakat itu sahaja lah perkongsian aku untuk kali ini. Memandangkan minggu ini aku bercuti maka mungkin lah banyak perkara yang aku akan kongsi berdasarkan apa yang aku telah buat.

Wasalam...

Tiada ulasan: